Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Farid Kamil mengaku tidak bersalah sebabkan kecederaan, guna kekerasan

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil dihadapkan ke mahkamah majistret atas dua tuduhan mencederakan seorang anggota polis dan orang awam di balai polis minggu lalu, menurut laporan The Star.

Anggaran Waktu Membaca:
Farid Kamil mengaku tidak bersalah sebabkan kecederaan, guna kekerasan

Farid Kamil ditahan reman pada 12 Jan. (Gambar: Petikan skrin video Youtube/ MetroTV)

Diterbitkan : 16 Jan 2018 02:58PM Dikemas Kini : 16 Jan 2018 03:53PM

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil dihadapkan ke mahkamah majistret atas dua tuduhan mencederakan seorang anggota polis dan orang awam di balai polis minggu lalu, menurut laporan The Star.

Insiden tersebut dipercayai berlaku di balai polis Kota Damansara pada 1.20 tengah hari pada 11 Januari lalu.

Pelakon tersebut difahamkan sedang membuat aduan polis mengenai satu kemalangan di mana dia dipercayai menampar pegawai polis dan menendang kaki seorang lelaki yang sedang berada di sebelahnya.

FARID RINDU KELUARGA

Semasa di mahkamah, pelakon itu turut meluahkan rindunya kepada isteri, Datin Diana Danielle dan anak-anaknya.

“Alhamduillah, saya baik sahaja. Saya rindu anak-anak. Saya sayang Diana.

“Saya memang harap Diana dan seluruh keluarga datang pada hari ini,” kata Farid Kamil ditukil laporan Utusan.

Sebelum ini, pelakon filem Tombiruo ini menjalani tempoh reman selama empat hari bermula Jumaat lalu dan berakhir pada Isnin namun ditambah sehari sehingga hari ini. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan