Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Farid Kamil direman 4 hari

Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari yang dipercayai menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam, ditahan reman selama empat hari, bermula hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Farid Kamil direman 4 hari

Farid Kamil ditahan reman pada 12 Jan. (Gambar: Petikan skrin video Youtube/ MetroTV)

Diterbitkan : 12 Jan 2018 12:50PM Dikemas Kini : 12 Jan 2018 12:54PM

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari yang dipercayai menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam, ditahan reman selama empat hari, bermula hari ini.

Dalam petikan laporan Berita Harian Malaysia (BHM), perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Zaki Asyraf Zubir terhadap pelakon berusia 37 tahun itu, bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan; Seksyen 90 Akta Polis; Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Awal dari itu, Farid yang memakai baju lokap ungu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dengan menaiki trak polis sekitar jam 10.00 pagi, sebelum digiring anggota polis ke kamar mahkamah pada jam 10.35 pagi untuk prosiding reman.

Sekitar 15 minit kemudian, seperti ditukil BHM, suami kepada pelakon, Datin Diana Danielle, 27, dibawa keluar dari kamar mahkamah pada jam 10.50 pagi.

Turut kelihatan berada di kompleks mahkamah, adiknya, Fadzil Zahari yang juga suami kepada pelakon Yana Samsudin.

Dalam kejadian pada jam 1.20 tengah hari semalam, pelakon terbabit dilaporkan ke balai polis berkenaan untuk membuat aduan berkaitan kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter tersebut, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu, disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Selain mencederakan polis yang berusia 24 tahun itu, dia dipercayai menendang dua orang awam di tempat sama.

Menurut BHM, ia turut difahamkan sebelum insiden yang tercetus di balai polis itu, Farid dikatakan menahan sebuah kereta yang dinaiki oleh seorang lelaki berusia 34 tahun, di tepi jalan berhampiran pusat beli-belah Tropicana, sekitar jam 12.30 tengah hari.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan