Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Farah Nabilah risau populariti macam 'biskut'

Farah Nabilah mengaku risau namanya tenggelam selepas dikenali melalui drama rantaian popular, Titian Cinta yang menggandingkan dirinya bersama aktor sasa, Zul Ariffin.

Anggaran Waktu Membaca:
Farah Nabilah risau populariti macam 'biskut'

(Gambar: Siti Nur Afiqah Hussain)

Diterbitkan : 28 May 2018 11:28AM Dikemas Kini : 28 May 2018 11:30AM

KUALA LUMPUR: Farah Nabilah mengaku risau namanya tenggelam selepas dikenali melalui drama rantaian popular, Titian Cinta yang menggandingkan dirinya bersama aktor sasa, Zul Ariffin.

Farah mahu terus mengekalkan momentum dengan memilih karya bermutu selain tidak mahu terus dibayangi 'hero' atau pelakon gandingan sama.

"Secara jujur, saya takut kalau diri ini terus menyepi selepas menghasilkan satu produk saja.

"Sehubungan itu, saya mesti berusaha terus berkembang dengan mencari karya bermutu untuk masa depan," katanya kepada BH Online.

Mengenai kegagalannya membolot trofi kategori Pasangan Pilihan di Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018, baru-baru ini, Farah percaya ada hikmahnya mengapa dia dan Zul tidak menang.

"Bagi saya, kalah atau menang adalah adat permainan... Semuanya terletak pada rezeki.

"Ada hikmahnya, saya dan Zul tidak menang bagi kategori itu kerana saya tidak mahu dibayangi oleh seorang hero saja.

"Saya enggan terus dibayangi Zul kerana saya mahu bergerak sendiri," katanya sambil menambah drama Titian Cinta memiliki tenaga produksi yang mantap.

Di DFKL 2018, drama Titian Cinta menggondol empat trofi iaitu kategori Pengarah Pilihan yang dimenangi Heykal Hanifah; Aktor Pilihan (Zul); Skrip Pilihan (Farhana Fauri) dan Lagu Tema Pilihan iaitu Sumpah Cintaku (Asfan).

Sementara itu, Farah menjelaskan rasional membataskan adegan bersentuhan bagi menjaga hati banyak pihak.

"Saya selalu beringat biarpun ada yang ingin 'feel' ketika berlakon, namun tidak mahu keterlaluan. Apa-apa pun, saya adalah orang Melayu, jadi tidak manis kiranya pegang berlebihan.

"Malah, saya juga tidak mahu adegan berpelukan contohnya ditonton oleh adik saya. Jadi, apabila saya tidak suka, mana mungkin saya mahu melakukan perkara yang sama," katanya kepada BH Online.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan