Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ezad lazim dikejarkan ke hospital S'pura setelah muntah darah

Penyanyi terkenal, Ezad Lazim dikejarkan ke sebuah hospital di Singapura setelah muntah berdarah semasa menjalani sesi latihan bagi rancangan Muzika Ekstravaganza terbitan Mediacorp dan RTM.

Anggaran Waktu Membaca:
Ezad lazim dikejarkan ke hospital S'pura setelah muntah darah

Ezad Lazim jatuh sakit semasa sesi latihan Muzika Ekstravaganza. (Gambar: Ezad Lazim/Instagram)

Diterbitkan : 09 Jul 2017 02:42PM Dikemas Kini : 09 Jul 2017 02:43PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Ezad Lazim dikejarkan ke sebuah hospital di Singapura setelah muntah berdarah semasa menjalani sesi latihan bagi rancangan Muzika Ekstravaganza terbitan Mediacorp dan RTM.

Menurut isteri beliau, Nor Azeana Ramli, selepas sesi latihan penuh pada hari kedua Khamis lalu (6 Jul), penyanyi lagu Demi Cinta itu mula muntah tidak berhenti-henti sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Singapura sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

"Keadaan kesihatan Ezad mula terganggu sejak sebelum Ramadan. Ketika membuat persembahan di Singapura sebelum ini, Ezad pernah muntah dan apabila pulang, saya membawanya ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan.

"Alhamdulillah, selepas berehat di rumah, keadaan kesihatannya kembali pulih. Tetapi, ketika sibuk mempromosikan koleksi baju Melayu pada Ramadan lalu, Ezad kembali sakit. Dia juga tidak berselera menjamah makanan sehingga berat badannya turun mendadak.

"Keadaan suami begitu sejak setahun lalu selepas disahkan menghidap penyakit Gastro Esophagel Refluks Desease (GERD)," katanya kepada Berita Harian Malaysia.

Beliau menambah, Ezad, 37 tahun, begitu ceria ketia berlepas untuk ke Singapura selama empat hari sejak 4 Julai lalu.

Malah beliau tidak mengalami sebarang masalah semasa menjalani sesi latihan pada dua hari pertama, lapor laman Berita Harian Malaysia.

"Dia mula muntah-muntah sebaik pulang ke hotel selepas selesai latihan penuh. Melihatkan dia muntah tidak berhenti-henti sehingga berdarah, pembantu peribadi mengejarkannya ke hospital yang berdekatan hotel," katanya.

Cik Nor Azeana berkata, suami beliau dibenarkan pulang selepas menjalani imbasan X-Ray dan dimasukkan air.

Sungguhpun begitu, keadaan Ezad masih lemah dan hanya terlantar di katil.

"Kami sudah melakukan pelbagai usaha untuk merawatnya termasuk bertemu pengamal perubatan tradisional tetapi tidak banyak berubah. "Saya perhatikan, setiap kali Ezad mahu muncul di kaca TV, penyakitnya datang semula.

"Sepanjang Ramadan, Ezad banyak menerima tawaran program TV tetapi apabila mahu menghadiri rakaman, dia akan sakit.

"Sudah lebih setahun keadaan suami begini tetapi kami reda dan hanya menyerahkan kepada Allah," katanya seperti yang dipetik Berita Harian Malaysia.

Akuinya, Ezad agak tertekan kerana perlu keluar mencari rezeki untuk keluarga.

Ezad juga bimbang jika keadaan kesihatannya berterusan begitu, lambat-laun tiada lagi tawaran menyanyi. "Suami tetap berusaha melawan penyakitnya dan kami berdoa supaya dia segera sembuh untuk kembali bekerja," kata ibu kepada dua cahaya mata, Puteri Rania Keisha, 3 tahun, dan Putera Muhammad Darwish, setahun.    

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan