Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Elizad berang orang asyik tanya dirinya sudah berbadan dua Lebaran ini

Pelakon Siti Elizad berang dengan tindakan segelintir tetamu yang sering bertanya soalan berkaitan cahaya mata kepadanya ketika sedang sibuk meraikan Aidilfitri.

Anggaran Waktu Membaca:
Elizad berang orang asyik tanya dirinya sudah berbadan dua Lebaran ini

Siti Elizad dan suaminya. (Gambar: Instagram)

Diterbitkan : 19 Jun 2018 03:47PM Dikemas Kini : 19 Jun 2018 03:58PM

MALAYSIA: Pelakon Siti Elizad berang dengan tindakan segelintir tetamu yang sering bertanya soalan berkaitan cahaya mata kepadanya ketika sedang sibuk meraikan Aidilfitri.

Elizad atau Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34 tahun, menyifatkan soalan itu sebagai sensitif dan tidak menghormati perasaan orang lain.

"Kepada makcik-makcik bawang, yang kepochi (kepoh) masa beraya, ini aku nak cakap sikit bagi lekat dekat kepala. Soalan di hari raya, bila nak ada anak? Bila nak buat anak? Tak ikhtiar ke? Cara tak betul ke?

"Mari sini aku nak cakap aku ni manusia biasa, jadi tiada jawapan untuk semua itu," tulisnya di laman Twitter dan Instagram miliknya hari ini (19 Jun) seperti ditukil mStar.

Elizad mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman, 46, pada 11 Januari 2015.

Lebih menjengkel lagi kata Elizad, pertanyaan tersebut diikuti dengan tindakan memegang dan mengusap perutnya.

Pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu berkata, pertanyaan tersebut juga menjejas emosinya untuk beraya.

"Sekarang aku faham macam mana budak-budak bujang yang belum ada jodoh, kau sibuk tanya bila nak kahwin? Aku yang sudah kahwin belum ada anak orang sibuk tanya bila nak ada anak?

"Pegang-pegang perut aku sambil cakap belum ada isi ke dalam? Menunjukkan betapa ceteknya didikan kau, kau rasa seronok ke melawak tentang benda tu semua?" ujarnya.

Menurut mStar, Elizad mengingatkan supaya orang ramai tidak lagi bertanya tentang itu kerana ia bukanlah satu gurauan.

Tambahnya, sebagai seorang manusia biasa, dia sendiri tidak mengetahui rezeki dan jalan hidup yang sudah disusun untuknya.

Malah, dia juga mempunyai harapan untuk dikurniakan cahaya mata seperti mana pasangan suami isteri lain.

"Berhenti bertanya soalan begitu. Kalau tiada soalan nak tanya atau tidak reti bergurau lebih baik diam.

"Belajarlah menghormati perasaan orang sebab itu aku ni jenis tidak lama beraya dekat rumah orang," katanya seperti ditukil mStar. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan