Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Elfira Loy, Sufian Suhaimi putus tunang

Spekulasi mengenai status ikatan pertunangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi akhirnya terjawab apabila ibu pelakon wanita itu, Filzah Yusoff, mengesahkan hubungan anaknya dengan penyanyi itu sudah putus.

Anggaran Waktu Membaca:
Elfira Loy, Sufian Suhaimi putus tunang

Elfira Loy dan Sufian Suhaimi bertunang pada 6 Oktober tahun lalu. (Gambar: Sufian Suhaimi/ Instagram)

Diterbitkan : 17 Feb 2018 03:37PM Dikemas Kini : 17 Feb 2018 03:46PM

KUALA LUMPUR: Spekulasi mengenai status ikatan pertunangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi akhirnya terjawab apabila ibu pelakon wanita itu, Filzah Yusoff, mengesahkan hubungan anaknya dengan penyanyi itu sudah putus.

Dalam petikan laporan Berita Harian Malaysia (BHM), sambil memaklumkan bahawa ikatan pertunangan pasangan itu baru sahaja terlerai, Cik Filzah sebagai ibu yakin "setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri".

"Tiada apa yang perlu saya huraikan lagi kerana sudah tertulis jodoh mereka tidak panjang. Insya-Allah dalam masa terdekat, bapa Elfira akan menemui keluarga Sufian untuk menyelesaikan urusan itu mengikut adat.

"Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan segala-galanya. Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya, termasuk dalam hal membabitkan jodoh.

"Saya cuma berharap anak saya dipertemukan dengan lelaki yang jujur, beriman dan tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga. Ini kerana rezeki tidak datang bergolek jika tidak berusaha," katanya kepada BHM.

Elfira dan Sufian bertunang pada 6 Oktober tahun lalu dan mengikut perancangan awal, pasangan itu bakal disatukan awal bulan depan.

Spekulasi status pertunangan pasangan itu mula diperkatakan sejak Disember lalu apabila mereka tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman sosial.

Elfira bagaimanapun, seperti ditukil BHM, menepis spekulasi itu, dan sebaliknya mengakui hubungan mereka juga menempuh dugaan terutama daripada orang di sekeliling.

Awal dari itu, Elfira dalam satu catatan yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya semalam, memohon peminat supaya bersikap positif dan mendoakan yang terbaik.

"Anda boleh kata dan buat spekulasi, tapi takkan tahu cerita sebenar. Islam mengajar saya untuk sentiasa menjadi baik, positif, memaafkan dan melupakan.

"Anda adalah apa yang anda fikirkan. Setiap kata melambangkan diri. Jika anda bercakap hal yang baik, maka baiklah jadinya. Jika anda bercakap buruk, perbaiki untuk jadi lebih baik," tulis Elfira dalam catatan itu.

Sehubungan itu, usaha BHM mendapatkan kenyataan Sufian tidak berhasil. Penyanyi lagu Terasa Ada itu dalam kenyataannya sebelum ini, menegaskan soal perkahwinan bukan perkara main-main kerana ia membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan