Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ed Sheeran sahkan konsert S'pura berjalan seperti yang dirancang

Bintang pop Ed Sheeran mengesahkan hari ini (26 Okt) bahawa konsertnya di Stadium Tertutup Singapura pada 11 dan 12 November tidak terjejas dengan kecederaannya akibat kemalangan basikal.

Anggaran Waktu Membaca:
Ed Sheeran sahkan konsert S'pura berjalan seperti yang dirancang

Bintang pop Ed Sheeran yang menunjukkan tangannya yang cedera. (Gambar: Facebook / Ed Sheeran)

Diterbitkan : 26 Oct 2017 08:28PM Dikemas Kini : 26 Oct 2017 08:30PM

SINGAPURA: Bintang pop Ed Sheeran mengesahkan hari ini (26 Okt) bahawa konsertnya di Stadium Tertutup Singapura pada 11 dan 12 November tidak terjejas dengan kecederaannya akibat kemalangan basikal.

Dalam video di Facebooknya, penyanyi tersebut memberikan jaminan kepada para peminat bahawa beliau akan bertemu dengan mereka pada November kelak.

"Saya sudahpun mengunjungi doktor hari ini dan beliau mengatakan dengan terapi fizikal, saya boleh ke Singapura bagi konsert awal bulan depan," katanya itu.

Kedua-dua tangan penyanyi itu cedera dalam kemalangan basikal.

Konsert beliau di Kuala Lumpur, Bangkok, Mumbai dan Dubai juga akan berlangsung seperti yang dijadualkan, menurut pengurus konsert AEG Presents Asia dalam satu kenyataan.

Namun begitu, beliau terpaksa membatalkan konsert di Taipei, Seoul, Hong Kong dan Jakarta akibat "jadual yang bercanggah dan tempat yang terhad pada April 2018". Beliau memohon maaf kepada para peminatnya dan berharap untuk datang lagi pada masa depan.

"Saya tidak pernah membatalkan konsert sebelum ini, dan ini merupakan keputusan yang susah," katanya dalam video tersebut. "Secara fizikal, saya tidak mampu untuk bermain alat muzik... dan amat penting bagi tangan saya pulih supaya saya kembali membuat persembahan, dengan harapan, buat selama-lamanya."

Konsert di Osaka, Tokyo dan Manila diubah jadual ke April tahun depan. Semua tiket bagi konsert asal masih boleh digunakan bagi tarikh yang baru. 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan