Ed Sheeran bertunang dengan kekasihnya Cherry Seaborn
Penyanyi dan penggubah lagu dari Britain Ed Sheeran mengumumkan beliau sudah bertunang dengan kekasih hatinya, Cherry Seaborn.
SINGAPURA: Penyanyi dan penggubah lagu dari Britain Ed Sheeran mengumumkan beliau sudah bertunang dengan kekasih hatinya, Cherry Seaborn.
Sheeran membuat pengumuman tersebut dalam catatan di Instagram pada Sabtu (20 Jan).
Sheeran, 26 tahun, dan Seaborn, 25 tahun, berkawan sejak zaman kanak-kanak dan menghadiri sekolah tinggi yang sama. Mereka dilaporkan mula keluar 'dating' pada tahun 2015 tetapi agak merahsiakan hubungan mereka.
Seaborn menuntut di Universiti Duke di North Carolina. Pasangan tersebut terpaksa melalui hubungan jarak jauh selama beberapa bulan sebelum Seaborn berpindah kerja di sebuah "syarikat perakaunan besar" dari New York ke London, menurut The Sun.
Seaborn juga menyumbang dan memberikan inspirasi bagi dua lagu hit Sheeran, Shape of You dan Perfect.
"Saya tahu satu-satunya orang yang akan sentiasa berada di sisi adalah Cherry," kata Sheeren kepada The Sunday Times Magazine sebelum ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.