Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Dynas Mokhtar selamat menikah, anak restu perkahwinan

Dynas Mokhtar sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Syazrik Din dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan di kediaman keluarga pelakon itu pada sekitar 11.30 pagi tadi (21 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Dynas Mokhtar selamat menikah, anak restu perkahwinan

(Gambar: @syedfaizalsyednoh/ Instagram)

Diterbitkan : 21 Apr 2018 04:46PM Dikemas Kini : 21 Apr 2018 05:17PM

SHAH ALAM: Dynas Mokhtar sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Syazrik Din dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan di kediaman keluarga pelakon itu pada sekitar 11.30 pagi tadi (21 Apr).

Menurut Berita Harian Malaysia, pasangan itu dinikahkan bapa Dynas dengan mas kahwin RM1,001 (S$340).

Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dengan wang hantaran RM10,000 (S$3,400).

Dynas memberitahu BH Online bahawa beliau bersyukur jodohnya dengan Syazrik kuat.

"Akhirnya, jodoh kuat menyatukan kami. Dalam teruja, gementar pun datang sekali... Jadi bercampur baur. Paling utama kebahagiaan saya ini direstui dua anak.

"Alhamdulillah... Semoga kehidupan mendatang dapat kami layari sebaik mungkin," kata pelakon filem Tombiruo dan siri Di Bawah Ketiak Isteri itu dalam laporan tersebut.

Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri kira-kira 100 jemputan termasuk ahli keluarga dan kenalan rapat. Dynas dan Syazrik bertunang pada 26 Oktober lalu.

Majlis bertandang akan diadakan pada 28 April depan di Damansara, Petaling Jaya disusuli majlis resepsi di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 5 Mei ini, lapor BH Online.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan dua anak iaitu Khyra Khalyssa yang berusia lapan tahun dan Mohamed Haqaish, enam tahun.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan