Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dondang Sayang diiktiraf oleh UNESCO!

Seni dan warisan yang sinonim dengan negeri Melaka, Dondang Sayang kini diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Anggaran Waktu Membaca:
Dondang Sayang diiktiraf oleh UNESCO!

Biola, akordion dan rebana (Gambar hiasan: Facebook/Pesta Raya)

Diterbitkan : 04 Dec 2018 12:22AM Dikemas Kini : 04 Dec 2018 12:30AM

KUALA LUMPUR: Seni dan warisan yang sinonim dengan negeri Melaka, Dondang Sayang kini diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi berkata pengiktirafan bertaraf dunia untuk khazanah negara itu adalah bagi kategori warisan kebudayaan tidak ketara (intangible cultural heritage).

"Pengiktirafan sebegini amat dingini oleh negara anggota kerana memberi kelebihan dari segi perlindungan, promosi dan peluang mengetengahkan identiti negara masing-masing.

"Ini juga dapat meningkatkan visibiliti satu-satu negara di peringkat antarabangsa yang secara tidak langsung menarik potensi kedatangan pelancong yang ingin melihat persembahan ini dengan lebih dekat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Isnin (3 Dis).

Kemasukan Dondang Sayang dalam senarai UNESCO itu diputuskan di Mauritius pada 29 November lalu.

Beliau berkata pengiktirafan itu dibuat di bawah 'Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage 2003' yang diratifikasi oleh Malaysia.

Encik Mohamaddin berkata kali terakhir Malaysia menerima pengiktirafan seumpama itu ialah untuk 'Mak Yong' pada 2005.

Dalam pada itu, beliau berkata Ketua Pengarah Tourism Malaysia Mirza Mohammad Taiyab bersara wajib semalam setelah berkhidmat selama 36 tahun.

Tempatnya diganti Pengarah Kanan (Bahagian Promosi Antarabangsa Asia dan Afrika) Tourism Malaysia Musa Yusof.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan