Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

DJ muzik elektronik, Avicii, ditemui mati pada usia 28 tahun

DJ warga Sweden dan penerbit, Avicii, yang terkenal dengan muzik elektroniknya ditemui mati semalam (20 Apr) di Muscat, Oman, menurut penerbitnya di Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
DJ muzik elektronik, Avicii, ditemui mati pada usia 28 tahun

DJ dan penerbit Avicii meninggal di Oman pada 20 Apr. (Gambar: Avicii/ Facebook)

Diterbitkan : 21 Apr 2018 04:42PM Dikemas Kini : 21 Apr 2018 04:45PM

NEW YORK: DJ warga Sweden dan penerbit, Avicii, yang terkenal dengan muzik elektroniknya ditemui mati semalam (20 Apr) di Muscat, Oman, menurut penerbitnya di Amerika Syarikat.

Avicii atau nama sebenarnya Tim Bergling, berusia 28 tahun.

"Amat dukacita kami mengumumkan pemergian Tim Bergling, yang dikenali sebagai Avicii. Beliau ditemui mati di Muscat, Oman tengah hari Jumaat waktu tempatan pada 20 April," menurut penerbitnya Diana Baron dalam satu kenyataan semalam.

"Keluarganya amat sedih dan kami meminta semua orang untuk menghormati privasi mereka pada masa-masa sukar ini," tambah kenyataan tersebut.

Punca kematian tidak didedahkan dan Cik Baron turut berkata bahawa tiada kenyataan lanjut akan diberikan.

Avicii merupakan antara DJ pertama yang memecah masuk industri muzik arus utama genre electronic dance yang berkembang sedekad lalu dari kelab-kelab malam ke carta Top 40.

Antara lagu beliau paling popular termasuk "Wake Me Up" yang mendapat kedudukan pertama di serata Eropah pada 2013.  

Sumber : CNA/FA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan