Images
  • DZAR 2ND
    Gambar Dj Dzar Ismail. (Gambar: Instagram / dzarismail)

DJ Dzar Ismail buat laporan polis, syak pembantu rumah dera anak perempuannya

SINGAPURA: DJ Dzar Ismail sah sudah membuat laporan polis terhadap pembantu rumahnya, kerana mengesyaki wanita tersebut melakukan penderaan terhadap anak perempuannya.

BERITAMediacorp dimaklumkan bahawa dalam aduannya kepada pihak polis lewat malam tadi (28 Dis), Dzar menyatakan bahawa anaknya yang berusia dua tahun mengadu sakit pada kemaluannya. Tetapi tidak ditemukan sebarang luka mahupun kecederaan.

Ini disedari isteri Dzar, Nur Hidayah Amaliah, semasa beliau hendak menukar lampin anaknya semalam malam (27 Dis).

Dzar menyatakan bahawa anaknya itu mengatakan kepada isterinya bahawa pembantu rumah itu ada menyentuh bahagian kemaluannya.

Dalam laporan polis itu, Dzar menambah bahawa beliau menghantar balik pembantu rumah itu kepada agensinya setelah mengetahui wanita itu menawarkan dirinya untuk "menawarkan khidmat".

DJ Ria itu turut mendedahkan kepada BERITAMediacorp sekitar 11.00 malam tadi (28 Dis) menerusi WhatsApp bahawa beliau "akan pergi ke (Hospital) KK selepas ini (selepas membuat laporan polis) untuk menjalankan pemeriksaan tubuh sepenuhnya untuk anak saya".

Petang tadi (Khamis), Dzar memuat naik beberapa gambar menerusi catatan Facebook mengenai pembantu rumahnya yang dikatakannya membuat tawaran seks, mengambil gambar anak perempuan Dzar yang berusia dua tahun semasa memandikannya dan mengajar anak perempuannya untuk "menyentuh alat kelaminnya sendiri".  

LAPORAN BERKAITAN: 

- BERITAMediacorp/fa

Top