Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

DJ Dzar Ismail buat aduan MOM: Dakwa pembantu rumahnya dagang seks; ajar anaknya "sentuh alat kelamin"

DJ stesen radio RIA Singapura, Dzar Ismail, menyatakan beliau sudah membuat aduan kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengenai pembantu rumahnya, yang dikatakan melakukan perkara maksiat di dalam rumahnya.

Anggaran Waktu Membaca:
DJ Dzar Ismail buat aduan MOM: Dakwa pembantu rumahnya dagang seks; ajar anaknya "sentuh alat kelamin"

Gambar pembantu rumah Dzar Ismail yang dimuat naik. (Gambar: Facebook / Dzar Ismail)

SINGAPURA: DJ stesen radio RIA Singapura, Dzar Ismail, menyatakan beliau sudah membuat aduan kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengenai pembantu rumahnya, yang dikatakan melakukan perkara maksiat di dalam rumahnya.

Dzar mendakwa, antara yang dilakukan pembantu rumahnya itu termasuklah membuat pengiklanan khidmat seks, mengambil gambar anak perempuan Dzar yang berusia dua tahun semasa memandikannya dan mengajar anak perempuannya untuk "menyentuh alat kelaminnya sendiri". Dia juga mendakwa bahawa pembantu rumah tersebut meminum arak di dalam rumahnya.

Dzar Ismail dikenali sebagai penyiar radio Ria 89.7FM (Gambar: Dzar Ismail/Facebook)

(Gambar: Facebook / Dzar Ismail)

Semasa dihubungi BERITAMediacorp, Dzar memberitahu bahawa beliau dan keluarganya juga akan membuat laporan polis pada malam ini (28 Dis) mengenai perkara tersebut kerana percaya bahawa pembantu-pembantu rumah mungkin boleh pulang ke Singapura dengan menggunakan pasport yang berbeza.

Dzar Ismail mendedahkan kepada pihak kami bahawa pembantu rumahnya itu, yang berasal dari Indonesia, dan setahun tiga bulan berkhidmat dengan keluarganya, sudah dipulangkan kepada agensinya pada Selasa lalu (26 Dis).

BAGAIMANA PERBUATAN PEMBANTU RUMAH TERDEDAH?

Dzar, yang turut mendedahkan isu mengenai pembantu rumahnya itu di Facebook menyatakan, keluarganya mendapat tahu tentang aktiviti amahnya itu setelah terjumpa akaun Instagramnya dan diberi amaran oleh anggota keluarga dan beberapa sahabat.

DJ berkenaan turut memuat naik beberapa keping gambar dari petikan skrin akaun Facebook dan Instagram pembantu rumahnya itu sebagai bukti tentang perbuatan yang tidak harus dilakukan warga Indonesia berusia 24 tahun itu.

(Gambar dari Facebook pembantu rumah Dzar. (Gambar: Facebook / Dzar Ismail)

Menurut Dzar, beliau suami isteri kini menghantar anaknya untuk menjalani pemeriksaan psikiatri.

PELBAGAI PERKARA DIDAKWA DILAKUKAN AMAH

Menurut Dzar lagi, pembantu rumahnya itu juga menggunakan pakaian beliau dan alat solekan isterinya tanpa keizinan.

Ini beliau buktikan menerusi gambar-gambar yang dipetik dari akaun media sosial pembantu rumah berkenaan.

Pembantu rumahnya itu juga dikatakan gagal menjaga anak perempuannya dengan baik kerana memberikan makanan yang sudah basi sehinggakan anaknya termuntah-muntah.

Ditanya BERITAMediacorp mengenai reaksi pembantu rumahnya itu apabila disoal Dzar dan isterinya, DJ Ria itu menjawab dia tidak mengaku walaupun ditunjuk bukti.

"Dia hanya berdiam saja dan hanya tertunduk," kata Dzar kepada BERITAMediacorp.

Menurut Dzar lagi, beliau akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan "majikan yang lain tidak perlu menjalani pengalaman yang ngeri ini."  

Sumber : BERITA Mediacorp/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan