Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Diana Danielle dan Reyza Hamizan berkolaborasi projek lagu terbaru

Diana Danielle, 28 tahun muncul dengan lagu terbaru hasil kolaborasi dengan penggubah dan penyanyi kelahiran Singapura, Reyza Hamizan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diana Danielle dan Reyza Hamizan berkolaborasi projek lagu terbaru

(Gambar: Reyza Hamizan/Facebook)

Diterbitkan : 29 Nov 2018 10:36AM Dikemas Kini : 29 Nov 2018 06:22PM

KUALA LUMPUR: Diana Danielle, 28 tahun muncul dengan lagu terbaru hasil kolaborasi dengan penggubah dan penyanyi kelahiran Singapura, Reyza Hamizan.

Ditemui dalam satu majlis pelancaran video muzik lagu berjudul 'Infiniti' yang turut menampilkan kumpulan NeonSeoul, Diana berkata lagu yang dihasilkan oleh Reyza itu sebenarnya sudah siap tiga tahun lalu namun mereka menangguhkan pelancarannya kerana melakukan beberapa penambahbaikkan sepanjang tempoh itu.

Meskipun begitu, kata Diana, mereka berpuas hati dengan hasil akhir lagu itu dan berharap ia dapat diterima baik oleh para pendengar, lapor mStar.

"Reyza juga sentiasa tampil dengan idea baru untuk mencantikkan lagi lagu itu sampai ada dua kali dia beli mikrofon baru terpaksa saya rakam semula.

"Tetapi tidak mengapa dalam tempoh itu juga banyak yang saya belajar daripada Reyza kerana saya bukan seorang komposer jadi sedikit sebanyak dapat timba ilmu tentang proses penghasilan lagu," tambah Diana kepada mStar.

Katanya, menerusi lagu itu juga Reyza banyak memberi tunjuk ajar kepadanya dalam menyerlahkan vokalnya selain mengambil kelas bersama Sarah Ismail dan Idayu.

Dalam perkembangan sama, Reyza memberitahu beliau berharap kolaborasinya dengan Diana dan NeonSeoul dapat memperkenalkan dirinya sebagai penyanyi dan penggubah dalam kalangan penggemar muzik tempatan.

Malah Reyza turut memuji kredibiliti Diana sebagai seorang penyanyi selain menyifatkan pelakon itu mempunyai kebolehan dan deria yang baik dalam muzik.

"Diana sebenarnya berbakat besar dan paling penting citarasa dan nalurinya terhadap melodi cukup baik yang membuatkan saya selesa bekerjasama dengannya.

"Infiniti adalah satu permulaan baik buat kami dan Insya-Allah akan ada lagi kolaborasi bersamanya dan artis lain selepas ini," katanya.

BANGGA SEBAGAI IBU

Di majlis yang sama, Diana juga sempat berkongsi kebanggaannya sebagai seorang ibu setelah anaknya selamat dikhatan.

(Gambar: @chemad7/Instagram)

Baru berusia lima tahun tetapi anaknya Muhammad berani mengambil keputusan untuk berkhatan gara-gara berasa tercabar dengan sepupu.

Menceritakan lebih lanjut tentang anaknya, Diana berkata: "Kalau ikutkan saya rasa memang masih terlalu awal... Saya tidak paksa atau suruh tetapi dia sendiri yang beritahu mahu bersunat.

"Dia tercabar dan tidak mahu ketinggalan apabila kebanyakan sepupu lelakinya sudah pun berkhatan jadi dia mahu melalui proses sama."

Semasa proses berkhatan, Muhammad hanya menangis ketika diberikan ubat bius. Namun, sebaik sahaja kesan ubat itu hilang, dia mula menangis kesakitan, lapor mStar.

"Dia menangis kerana kesakitan dan beritahu menyesal kerana bersunat. Tapi itu pada hari pertama sahaja. Sekarang keadaannya semakin pulih," kata Diana.

Tidak mengambil kira ragam anaknya itu, Diana tetap bangga dengan keberaniannya.

"Alhamdulillah, dia seorang yang berani dan saya sendiri pun tak sangka dia betul-betul dengan keputusan itu," tambah Diana kepada mStar.  

Sumber : Agensi berita/EM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan