Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Despacito versi Arab mempunyai mesej mulia

Tentu ramai yang pernah mendengar atau menyukai lagi Despacito yang amat popular. Malaysia sudahpun menghentikan siaran lagu tersebut atas sebab liriknya berunsur lucah.

Anggaran Waktu Membaca:
Despacito versi Arab mempunyai mesej mulia

Lagu Despacito versi Arab. (Gambar: Youtube / Hanood)

Diterbitkan : 30 Jul 2017 11:41PM Dikemas Kini : 31 Jul 2017 03:20PM

OMAN: Tentu ramai yang pernah mendengar atau menyukai lagi Despacito yang amat popular. Malaysia sudahpun menghentikan siaran lagu tersebut atas sebab liriknya berunsur lucah.

Namun begitu, lagu Despacito versi Arab ini jauh daripada lucah atau berunsur seksual. Ia menyentuh mengenai soal mas kahwin yang terlalu mahal!

Video versi Arab ini ditonton lebih daripada 250,000 kali sejak ia dimuat naik.

Penyanyi Oman Mohamed al-Mungi, dalam video itu, bertemu bapa temanitanya untuk meminang beliau, menurut laman BBC.

Namun, bapa temanitanya itu menuntut agar sesiapa yang ingin mengahwini anak perempuannya harus memiliki sebuah apartmen, sebuah kereta dan menyediakan busana perkahwinan wanita yang mahal dan juga mas kahwin.

"Mengapa anda memberi syarat-syarat yang menyusahkan kami? Apakah anda lupa betapa murah mas kahwin pada zaman anda?"

Itulah antara senikata lagu Despacito versi Arab yang dilontarkan Mohamed al-Mungi kepada bapa temanitanya.

Tema lagu Despacito versi ini adalah "Anda menyiksa mereka".

Lagu tersebut bertujuan untuk mendorong golongan lebih tua supaya tidak memaksa anak-anak muda untuk berkahwin hanya untuk harta, dan setelah itu merana selepas berumahtangga.

Dalam rap yang dinyanyikan Oman Muhannad al-Adwani, beliau menasihati bahawa perkahwinan haruslah bersederhana. Tambahnya:

"Pihak lelak ingin bertunang dengan si wanita. Ibu bapanya pula berkata kemas barang-barang anda dan pindah ke rumah baru. Mereka kemudiannya bernikah dan tinggal bersama. Lihat, Sederhana bukan?"

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan