Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Despacito tiba-tiba lesap dari YouTube, digodam

Beberapa akaun Vevo milik individu-individu berprofil tinggi digodam, termasuk "Despacito" yang memecah rekod sebagai video yang ditonton paling ramai pengguna. 

Anggaran Waktu Membaca:
Despacito tiba-tiba lesap dari YouTube, digodam

Petikan skrin video Despacito. (Gambar: Youtube/ LuisFonsiVevo)

Diterbitkan : 11 Apr 2018 10:01PM Dikemas Kini : 11 Apr 2018 10:07PM

THE INDEPENDENT: Beberapa akaun Vevo milik individu-individu berprofil tinggi digodam, termasuk "Despacito" yang memecah rekod sebagai video yang ditonton paling ramai pengguna.

Penggodaman itu berlaku hanya lima hari selepas diumumkan bahawa video yang memaparkan Luis Fonsi dan Daddy Yankee itu mengecapi 5 bilion tontonan ataupun 'views'.

Justeru, video berkenaan mencatat sejarah sebagai yang pertama di YouTube untuk mencapai bilangan tontonan sebanyak itu.

Namun, video popular tersebut tiba-tiba lesap daripada YouTube baru-baru ini.

Sebaliknya, petikan skrin video tersebut memaparkan beberapa watak mengacukan senjata ke arah kamera iaitu babak yang tidak terkandung dalam "Despacito" langsung.

Beberapa artis termasuk Shakira, Selena Gomez, Taylor Swift dan Drake turut terjejas.

Vevo sudahpun memuat naik semula video artis-artis tersebut beserta bilangan tontonan sejauh ini.

The Independent melaporkan bahawa para penggodam yang mengelarkan diri sebagai Prosox dan Kuroi'sh menulis "Bebaskan Palestin" di bawah video-video tersebut.

BBC pula melaporkan bahawa sebuah akaun Twitter milik salah seorang penggodam mengandungi catatan yang berbunyi: "Ia hanya perkara yang menyeronokkan. Saya hanya menukarkan [skrip] 'tukar tajuk video youtube' kepada 'digodam'.

"Jangan mengecam saya, saya germar YouTube," tambahnya.

Seorang jurucakap Vevo memberitahu The Independent: "Vevo dapat mengesahkan bahawa beberapa video dalam katalognya yang digodam hari ini sudah terkawal. Kami sedang berusaha untuk memuat naik semula video-video yang terjejas dan katalog kami akan memulihkan kesemua video sepenuhnya." 

Sumber : Agensi berita/SM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan