Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dayang Nurfaizah hadiahkan 2 lagu istimewa kepada President's Star Charity 2018

Usaha mengumpul dana bagi golongan yang memerlukan, President's Star Charity kembali lagi di kaca televisyen malam ini (14 Okt) dengan persembahan barisan selebriti tempatan serta bintang popular dari rantau ini, termasuk Dayang Nurfaizah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Oct 2018 06:08PM Dikemas Kini : 14 Oct 2018 08:48PM

SINGAPURA: Usaha mengumpul dana bagi golongan yang memerlukan, President's Star Charity kembali lagi di kaca televisyen malam ini (14 Okt) dengan persembahan barisan selebriti tempatan serta bintang popular dari rantau ini.

Turut membuat penampilan khas malam ini ialah penyanyi yang memiliki suara gemersik Dayang Nurfaizah.

Membuat persembahan kali pertama bagi acara malam ini, Dayang Nurfaizah akan mendendangkan dua buah lagu - "Di Pintu Syurga” dan “Happy”.

"Bagi Dayang, ini satu peluang untuk Dayang membuat sumbangan, daripada Dayang bagi mereka yang memerlukan," kata penyanyi dari Malaysia itu.

"Dayang harap ramai lagi orang di luar sana akan melihat usaha-usaha ini, dia rasa dia pun hendak membantu sama. Jadi, harapan Dayang adalah untuk memberi sedikit sumbangan Dayang untuk mereka yang memerlukan."

Turut membuat persembahan buat julung-julung kalinya malam ini ialah Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob yang akan disertai oleh suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee.

President's Star Charity 2018 akan disiarkan secara langsung sehingga 9.30 malam ini di Saluran 5 dan Toggle. 

Sumber : BERITA Mediacorp/UR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan