Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Dayang Nurfaizah, Aishah, Sufi Rashid & Altimet antara bintang Muzika Ekstravaganza 2018 esok

Jika anda penggemar drama-drama dari Malaysia bersiap sedialah untuk bersama-sama 'bernyanyi' lagu-lagu runut bunyi yang popular semasa Muzika Ekstravaganza 2018.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jika anda penggemar drama-drama dari Malaysia bersiap sedialah untuk bersama-sama 'bernyanyi' lagu-lagu runut bunyi yang popular semasa Muzika Ekstravaganza 2018.

Konsert Muzika Ekstravaganza yang ke-12 itu akan berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, RTM, Kuala Lumpur, Malaysia malam esok (5 Okt).

Konsert tahunan yang menyatukan para artis dari Singapura dan juga Malaysia itu bakal menampilkan barisan artis hebat dan terkenal dalam industri.

Ini termasuk Dayang Nurfaizah, Aishah, Jatt Ali, Sufi Rashid, Altimet, Lan Typewriter dan ramai lagi.

Ia turut menampilkan persembahan-persembahan menarik seperti dikir barat dari kumpulan Si Anak Seni (Singapura), kugiran dan lagu-lagu hits dari kedua-dua negara serta segmen komedi dari pelawak-pelawak kedua-dua negara.

Konsert itu akan dihoskan oleh penyanyi Malaysia Misha Omar dan juga pengacara Singapura Fauzie Laily.

Untuk meraikan jalinan persahabatan dan muhibbah antara kedua-dua negara, konsert kali ini diberi tema #KitaGeng.

Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, S Iswaran, serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo akan hadir sebagai tetamu terhormat.

Muzika Ekstravaganza 2018 akan disiarkan secara langsung pada pukul 8.30 malam esok di saluran Suria dan TV2 di Malaysia. Anda juga boleh mengikuti siarannya di Toggle, LIVE dan MyKlik.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan