Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Dato Seri Vida diarah bayar cukai pendapatan RM4.6 juta sebelum 21 Mei

Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh supaya membayar cukai pendapatan individu bagi tempoh lima tahun yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM4.6 juta (S$1.56 juta) sebelum 21 Mei ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Dato Seri Vida diarah bayar cukai pendapatan RM4.6 juta sebelum 21 Mei

Dr Vida. (Gambar: Instagram Dato Seri Vida)

Diterbitkan : 09 Apr 2018 03:04PM Dikemas Kini : 09 Apr 2018 03:05PM

IPOH: Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh supaya membayar cukai pendapatan individu bagi tempoh lima tahun yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM4.6 juta (S$1.56 juta) sebelum 21 Mei ini.

Arahan penyelesaian di luar mahkamah itu dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman Anselm Charles Fernandis selepas tuntutan itu difailkan oleh Peguam LHDN Nor Hidayah Mohd Anas dalam kamar hakim.

Dalam penyataan tuntutan LHDN itu, Datuk Seri Vida dikehendaki membayar kepada LHDN bagi tahun taksiran 2011 hingga 2015 berjumlah lebih RM4.68 juta (S$1.59 juta).

Datuk Seri Vida bagaimanapun tidak hadir dan hanya diwakili peguamnya, Zailan Mohamed dari Zailan  Associates.

Encik Zailan ketika ditemui wartawan memaklumkan perbincangan akan diadakan dengan LHDN bagi mengadakan pengstrukturan semula bayaran tuntutan berkenaan dan anak guamnya akan menyelesaikan tuntutan itu dalam tempoh ditetapkan.

Sementara itu Cik Nor Hidayah menjelaskan LHDN sebelum ini ada mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Vida namun beliau gagal mematuhi perbincangan bersama yang dibuat sebelum ini berhubung bayaran cukai secara ansuran dan menyebabkan tuntutan dibuat di mahkamah.

Menurut beliau, kes tuntutan itu akan berjalan pada 21 Mei ini sekiranya pengasas produk kecantikan itu gagal mengadakan perbincangan dan menyelesaikan tuntutan cukai pendapatan individu itu dalam tempoh ditetapkan.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan