Images
  • CTDK
    Siti Nurhaliza memakai busana dari jenamanya Creacion by Siti Nurhaliza. (Gambar: Instagram CTDK)

CTDK luaskan empayar dengan 'Creacion by Siti Nurhaliza'

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza, meluaskan lagi empayar perniagaannya dengan mengeluarkan jenama pakaian sendiri.

Di bawah jenama Creacion by Siti Nurhaliza, penyanyi terbabit menghasilkan semua koleksi siap pakai berkenaan berdasarkan ideanya sendiri, menurut laporan Berita Harian Online.

Datuk Siti menghasilkan pakaian tersebut melalui kerjasama degan jenama hijab terkenal, Ariani.

Terima Kasih semua..

A photo posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Menurut beliau, sebagai wanita dan pencinta fesyen, perniagaan itu memang sesuatu yang diimpikan sejak dulu lagi.

@creacionbysitinurhaliza πŸ’πŸŒΈπŸŒ·

A photo posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on


"Selepas produk kosmetik, memang Siti teringin untuk mengeluarkan koleksi pakaian berjenama sendiri. Perbincangan dengan pihak Ariani untuk menghasilkan koleksi ini pula sudah lama diadakan, cuma baru sekarang ia menjadi kenyataan," jelas Datuk Siti.

"Dari segi konsep dan rekaan, Siti diberi kebebasan untuk membuat pilihan manakala dari segi fabrik pula, semuanya dilakukan oleh Ariani kerana mereka lebih arif dan berpengalaman dalam hal itu," katanya ketika ditemui Berita Harian Online pada majlis pelancaran Ariani x Creacion By Siti Nurhaliza yang diadakan di sebuah hotel semalam (10 Mac).

Datuk Siti turut membuat persembahan di majlis itu dengan mengenakan busana dari jenamanya sendiri, yang mendapat perhatian ramai di laman Instagramnya.

Menurut Berita Harian Online, Pengarah Pemasaran Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn Bhd, Datin Farah Haryani Muhamad Philip turut hadir.

Datin Farah, yang merupakan bekas pemenang Bintang HMI 1995, koleksi pakaiannya itu direka khusus untuk semua golongan wanita, sama ada berhijab ataupun tidak.

Selain koleksi pakaian, penyanyi berusia 37 tahun itu juga mengeluarkan dua koleksi hijab iaitu Ariani x Siti Nurhaliza dan Ariani Stockist x Siti Nurhaliza.

Kesemua koleksi berkenaan boleh didapati mulai hari ini (11 Mac) di Butik Ariani, Jakel Mall, Kuala Lumpur.Β 

- Agensi berita/nk

Top