Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Cinta Syurga' Siti Nurhaliza & Khai Bahar menjadi!

Lagu Cinta Syurga dendangan penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza dan penerima Anugerah Meletop, Khai Bahar nampaknya ‘menjadi’.

Anggaran Waktu Membaca:
'Cinta Syurga' Siti Nurhaliza & Khai Bahar menjadi!

Petikan gambar dari Yotube.

Diterbitkan : 30 May 2018 09:26AM Dikemas Kini : 30 May 2018 12:17PM

KUALA LUMPUR: Lagu Cinta Syurga dendangan penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza dan penerima Anugerah Meletop, Khai Bahar nampaknya ‘menjadi’.

“Melodi lagu terbaru ini diambil dari Si Comel Pipi Merah dan diilihamkan kepada zikir.

“Bergandingan dengan Khai Bahar,” menurut Siti di akaun Instagramnya pada Ahad lalu (27 Mei).

Sejak dilancarkan pada 25 Mei lalu, muzik video Cinta Syurga sudahpun ditonton oleh lebih 400 ribu penonton sejauh ini. Menurut laporan Astro Awani, muzik video itu juga terus ‘trending’.

Siti Nurhaliza kembali dengan lagu terbarunya itu setelah selamat melahirkan cahaya mata pertama, Siti Afiah pada 19 Mac lalu.

Siti berharap bertepatan dengan bulan Ramadan ini, orang ramai akan mendengarnya disamping mengumpul ganjaran pahala, menurut laporan Astro Awani.

“Selari dengan bulan Ramadan, tonton, dengar dan beramal serta membuat pahala,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Siti mencipta lagu Si Comel Pipi Merah khas buat anak pertamanya.

Sumber : BERITA Mediacorp/Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan