Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Caliph Buskers buat persembahan 'istimewa' di Stadium Tertutup S'pura

Mereka antara sekitar 20 artis kurang upaya dari serata Asia Pasifik yang dijemput untuk membuat persembahan di acara 'True Colours Festival for Artistes with Disabilities'.

Anggaran Waktu Membaca:
Caliph Buskers buat persembahan 'istimewa' di Stadium Tertutup S'pura

Kumpulan muzik Caliph Buskers (Gambar: Facebook Caliph Buskers)

SINGAPURA: Caliph Buskers, kumpulan muzik dari seberang Tambak yang tidak asing lagi, bakal beraksi di Singapura buat satu acara besar-besaran.

Mereka antara sekitar 20 artis kurang upaya dari serata Asia Pasifik yang dijemput untuk membuat persembahan di acara 'True Colours Festival for Artistes with Disabilities'.

Acara yang diadakan buat julung-julung kalinya ini berlangsung di Stadium Tertutup Negara, dari 22 hingga 25 Mac tahun hadapan, dan diumumkan kepada pihak media awal Selasa (18 April).

Ia bertujuan untuk merubah tanggapan negatif terhadap kecacatan atau kekurangan upaya, dengan memaparkan bakat dan kebolehan dari golongan ini.

Sejauh ini, selain Caliph Buskers yang pada tahun lalu membawa pulang dua piala di Anugerah Planet Muzik, True Colours Festival juga bakal menonjolkan bakat tempatan seperti Sheikh Danial Bawthan dan kumpulan Redeafination.

Danial Bawthan (Gambar: True Colours Singapore)

(Gambar: TRUE COLOURS Singapore)

Danial Bawthan, yang juga dikenali dengan nama RideXRoll, adalah seorang penerbit muzik, penyanyi rap dan beatbox, yang juga merupakan pemain ragbi kerusi roda.

Belia berbakat besar ini disahkan mengalami Atrofi Otot Tulang Belakang (SMA) sejak usia empat tahun.

Redeafinition pula merupakan kumpulan penari hip hop tempatan, yang anggotanya terdiri daripada mereka yang kurang daya pendengaran.

Dipersembahkan oleh The Nippon Foundation dan UNESCO, dan diterbitkan oleh badan kebajikan setempat, Very Special Arts (VSA); True Colours festival bukan sekadar sebuah konsert sahaja.

Antara lain, para penganjur juga akan mengadakan konsert terbuka, aktivi interaktif dan sebuah persidangan sehari yang diharapkan dapat menghimpun para pakar antarabangsa.

Pihak VSA kini sedang sokongan dari sebarang badan yang ingin sama-sama menyokong acara ini.

Anggota masyarakat yang ingin tampil sebagai sukarelawan bagi acara ini juga dialu-alukan, dan akan diberi latihan yang sewajarnya setelah dipilih melalui sesi temuduga.

Maklumat lanjut bagi acara ini boleh didapati di www.truecolorus.sg.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan