Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bintang K-Pop, Yoona bakal adakan acara temu peminat di S'pura

Yoona akan membuat persembahan dan berinteraksi dengan para peminatnya di Zepp@BigBox

Anggaran Waktu Membaca:
Bintang K-Pop, Yoona bakal adakan acara temu peminat di S'pura

Yoona. (Gambar: IMC Live Group)

Diterbitkan : 05 Aug 2018 05:38PM Dikemas Kini : 05 Aug 2018 05:41PM

SINGAPURA: Bintang K-Pop, Yoona akan mengadakan sesi pertamanya menemui peminat secara sendirian pada 28 September ini.

Anggota Girls' Generation itu sedang melakukan konsert solo jelajah Asia sulungnya yang bermula pada Mei dan dinamakan 'Yoona Fanmeeting Tour - So Wonderful Day #Story_1'. Yoona sudahpun bertemu para peminat di Bangkok, Tokyo dan Osaka.

Bagi konsert di Singapura, Yoona, 28 tahun, akan membuat persembahan dan berinteraksi dengan para peminatnya di Zepp@BigBox.

Selain menjadi anggota kumpulan K-Pop yang dianggap sebagai antara paling popular, Yoona juga sudah menghasilkan beberapa single popular, seperti 'To You', 'Deoksugung Stonewall Walkway' dan 'When The Wind Blows'. Beliau juga pernah melibatkan diri dalam projek-projek lakonan dan televisyen. Projek terbarunya adalah bagi rancangan hiburan 'Hyori's Homestay'.

'Yoona Fanmeeting Tour - So Wonderful Day #Story_1' akan berlangsung pada 28 September ini, 8.00 malam di Zepp@BigBox. Tiket-tiket mula dijual esok (6 Ogos) pada harga S$98 hingga S$248, di apactix.com dan di cawangan-cawangan Singpost serata negara. 

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan