Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bekas pemain gitar Ukays kini pemimpin kanan ISIS

Bekas pemain gitar kumpulan Ukays, Akel Zainal, kini merupakan salah seorang daripada empat rakyat Malaysia yang menjadi pemimpin kanan kumpulan militan ISIS.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pemain gitar Ukays kini pemimpin kanan ISIS

Bekas pemain gitar kumpulan Ukays. (Gambar: Syahril A. Kadir/Facebook)

Diterbitkan : 24 Feb 2018 06:26PM Dikemas Kini : 24 Feb 2018 06:27PM

KUALA LUMPUR: Bekas pemain gitar kumpulan Ukays, Akel Zainal, kini merupakan salah seorang daripada empat rakyat Malaysia yang menjadi pemimpin kanan kumpulan militan ISIS.

Demikian menurut laporan Harian Metro hari ini (24 Feb).

Lagi tiga individu itu pula adalah bekas pengikut kanan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) - Mohd Rafi Udin dan dua yang lain hanya dikenali dengan nama Abu Gomez dan Abu Zar.

Mohd Rafi Udin menyebabkan keadaan menjadi gempar pada dua tahun lalu apabila dia mengeluarkan amaran menerusi rakaman video bahawa mereka akan melancarkan serangan di Malaysia, lapor Harian Metro lagi.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganasan (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, empat individu itu memainkan peranan merekrut anggota baru di Asia Tenggara selepas kematian Ketua Militan Malaysia Muhamad Wanndy Mohamad Jedi pada Julai lalu.

"Mereka menyebarkan propaganda termasuk dakyah ideologi radikal menerusi pelbagai platform termasuk bahan bacaan," katanya seperti dipetik Harian Metro.

Beliau berkata selain majalah propaganda ISIS yang diberi nama Dabiq yang boleh dimuat turun dari internet, kumpulan militan itu juga menyebarkan ideologi menerusi aplikasi seperti Telegram.

Akel atau nama sebenarnya Wan Mohd Aquil Wan Zainal mula menyertai ISIS sejak tercetusnya konflik di Syria. Malah dia turut ke sana untuk menyertai perang.

Pada Oktober 2014, dia dilaporkan giat merekrut wanita khususnya pelajar institusi pengajian tinggi tempatan untuk ke Syria dan bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Syamimi Faiqah yang lari ke negara itu untuk berkahwin dengannya.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan