Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bekas isteri Datuk K lawat Siti Aafiyah

Jika segelintir wanita yang sudah berpisah dengan bekas suami tidak mahu berhubungan lagi, berbeza sungguh keadaannya bagi bekas isteri Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas isteri Datuk K lawat Siti Aafiyah

Datin Seri Tengku Zawyah (dua dari kanan) datang mengunjungi Siti Nurhaliza. (Gambar: Teezac/CTDK/ Instagram)

Diterbitkan : 10 Apr 2018 10:51AM Dikemas Kini : 10 Apr 2018 10:54AM

KUALA LUMPUR: Jika segelintir wanita yang sudah berpisah dengan bekas suami tidak mahu berhubungan lagi, berbeza sungguh keadaannya bagi bekas isteri Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Datuk Khalid adalah suami kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Dalam tukilan laporan Astro Awani, penyanyi tersebut menerima kunjungan daripada bekas isteri Datuk Khalid, Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham yang ingin bertemu puteri sulungnya, Siti Aafiyah.

Siti Nurhaliza turut berkongsi detik gembira itu di laman Instagram beliau pada Ahad.

"Alhamdullillah. My pleasure DS Kak Tengku. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati & memberkati kita sekeluarga. Amin ya rabb,” tulisnya, seperti dipetik Astro Awani.

Peminat juga memuji dan kagum dengan sikap Datin Zawyah yang meluangkan masa semata-mata untuk melihat bayi comel tersebut.

Malah, sikapnya itu juga wajar dijadikan contoh bagi kaum wanita dalam masyarakat kita.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan