Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bakal nikah tapi Awi Rafael, Atikah Suhaime jarang jumpa untuk 'elak dosa'

Bakal bernikah 3 bulan lagi tapi Awie Rafael, Atikah Suhaime jarang jumpa untuk 'elak dosa'. Itulah penyanyi tersebut kepada kami. Apa lagi kata Awi? Ayuh baca...

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Dua artis Singapura yang aktif di Malaysia ini sudah bertunang dan tiga bulan lagi akan bersanding. Siapa lagi yang kami maksudkan kalau bukan penyanyi Awi Rafael dan pelakon Atikah Suhaime.

Namun demikian, Awi memberitahu BERITAmediacorp bahawa mereka sebenarnya jarang berjumpa untuk memberi ruang kepada diri masing-masing. Ia juga untuk “elak dosa”. Percaya atau tidak, itulah pengakuan penyanyi dan pencipta lagu bersuara jantan itu.

“Kita elaklah dosa . Kita kahwin untuk mendapat barakah. Ini adalah satu hadiah yang paling penting, perjanjian antara dua orang. Yang paling penting kita mesti menjaga nama masing-masing,” kata Awi semasa dihubungi pihak kami.

“Awi pun ingin menjadi seorang manusia yang sempurna. Mungkin ini adalah detik-detik dalam hidup Awi di mana Awi buat keputusan yang akan mempunyai efek positif dalam hidup Awi, insya Allah,” ujar beliau lagi penuh harapan.

17 MAC 2019 HARI PERSANDINGAN

Yang pasti, majlis persandingan Awi Rafael, 32 tahun, bersama Atikah Suhaime, 27 tahun, akan berlangsung pada 17 Mac 2019 – genap setahun setelah pasangan artis tersebut mengikat tali pertunangan di Singapura pada 17 Mac 2018.

Awi Rafael dan Atikah Suhaime (Gambar: @qashrulhidafiphotography/Instagram/Awi Rafael)

Awi Rafael & Atikah Suhaime (Gambar: @qashrulhidafiphotography/Instagram/Awi Rafael)

Perkahwinan tersebut juga bakal menjadi semacam hadiah hari lahir bagi Atikah yang sebenarnya jatuh pada 15 Mac. Namun 17 Mac dipilih sebagai tarikh istimewa memandangkan tarikh tersebut jatuh pada hujung minggu.

BERITAmediacorp difahamkan, majlis mereka di Singapura itu akan dihadiri oleh 1,000 orang jemputan. Setakat ini, belum lagi ada perancangan untuk membuat majlis yang sama di Kuala Lumpur.

Pada hari bersejarah itu, Atikah dijangka mengenakan tiga persalinan baju rekaan pereka fesyen dari Kuala Lumpur bernama Nadia Marni.

“JANGAN BUAT MALU ORANG KAMPUNG…”

Sebagai ketua keluarga nanti, Awi mengatakan bahawa beliau akan mengizinkan ratu hatinya itu untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang artis. Mentelah lagi Atikah kini sibuk dengan lakonan-lakonannya untuk produksi dari Malaysia dan Indonesia.

Ini pesanan Awi kepada Atikah ialah: “Kejar impian. Kalau nak buat, buat yang terbaik jangan buat malu orang kampung (ketawa). Saya bekerja keras. Mencuba yang terbaik setiap masa, dalam kerjaya Awi, dalam persabahatan, dalam perniagaan, ini memang apa yang sangat Awi harapkan.

“Malah lagi dari sang isteri, kalau you anak Singapura yang masuk Jakarta dan Malaysia untuk bekerja, buat betul-betul, jangan fikir apa yang orang bercakap, biar karya kita yang akan bercakap untuk kita.”

Atikah Suhaime (Gambar: Instagram/Atikah Suhaime)

Atikah Suhaime (Gambar: Instagram/Atikah Suhaime)

Apabila ditanya tentang soal anak, Awi menjawab bahawa beliau mengimpikan untuk mempunyai keluarga kecil yang bahagia.

“Awi tawakkal dengan Allah. Awi yakin Allah tahu apa yang Dia nak buat untuk Awi dan Atikah insya Allah,” ujar penyanyi tersebut yang kini sering membubuhkan percakapan beliau dengan kata-kata berunsur agama.

Apa pula kata Tuan Puteri Awi?

“Ini rezeki kan? Terserah pada Tuhan, kita tak boleh nak rancang, kita tak tahu Tuhan nak kasi (anak) bila,” balasan daripada Atikah.

“RAMAI YANG TAK PERNAH NAMPAK SAYA COUPLE DENGAN DIA”

Mengulas pertunangan mereka, Awi Rafael, berkongsi bahawa sebelum mereka bertunang, mereka sudah berkawan selama lapan tahun. Awi mendapati bahawa tunangnya itu adalah penyabar.

“Dia seperti adik dan saya seperti seorang abang. Tak pernah fikir apa-apa. Inilah jodoh mungkin,” kata Awi yang kini muncul dengan single terbarunya berjudul Ini Semua Dunia. Malah, ramai juga yang terperanjat mendapat berita pertunangan mereka berdua kerana sebelum ini, tidak ada bayang-bayang pun bahawa pasangan itu sedang dilamun cinta.

“Apa yang kita perlu kongsi, kita kongsi, kalau tak perlu, tak perlu. Ramai yang tanya tak pernah nampak saya couple dengan dia, bergambar dengan dia. Dia faham diri Awi, dia faham perspektif Awi. Yang paling penting kita sama-sama jaga diri kita, aib kita. Untuk Awi, Awi lebih selesa mempamerkan karya Awi, muzik Awi” katanya.

(Gambar: Awi Rafael)

ATIKAH: “SEBELUM INI, BEKAS-BEKAS KEKASIH (SAYA) TAK KASI”

Apakah yang membuat pelakon cantik tersebut memilih Awi Rafael sebagai Mr Right?

“Dia seseorang yang ada hala tujuan hidup, dia mempunyai perancangan masa depan yang baik. Dia juga sangat menyayangi ibu dia dan hormat pada orang tua,” kongsi Atikah yang menambah, Awi banyak menyokong kerjayanya sebagai artis.

Tambahnya lagi: “(Awi) orang yang sangat tenang, dia fahami kerja saya. Sudah tentu dia menyanyi. Saya pula senang dengan muzik. Saya inginkan kehidupan saya dipenuhi dengan muzik.” (ketawa)

Atikah juga bersyukur bahawa sebelum mereka sah menjadi suami-isteri, Awi Rafeal juga tidak menghalangnya untuk terus menjadi artis – suatu ukur tara yang sangat penting bagi Atikah dalam menentukan pasangan hidupnya.

“Seseorang yang mencintai anda tidak akan menghalang anda menjadi anda sebenarnya. Dia tetap akan menyokong anda. Sebab itu saya benar-benar gembira sebab sebelum ini, bekas kekasih-kekasih (saya) tak kasi,” akui Atikah terus-terang kepada BERITAmediacorp.

Atikah Suhaime (Gambar: Instagram/Atikah Suhaime)

(Gambar: Instagram/Atikah Suhaime)

Sesungguhnya, tahun 2019 adalah tahun yang sibuk bagi Atikah. Selain bergelar isteri orang dan menjalan pelbagai tanggungjawab seorang isteri, tugasnya sebagai artis juga akan bertambah. Ini kerana Atikah terlibat untuk filem-filem seperti My Stupid Boss 2, Tan-ti-Ana, Leak Kajeng Kliwon dan Antologi Rasa.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan