Images
  • sinar leb bts
    (Gambar: Mediacorp)

Artis lama, baru bawakan keceriaan dalam Sinar Lebaran

SINGAPURA: Malam Raya anda juga pasti tidak kering gusi menyaksikan konsert tahunan Sinar Lebaran, 10.30 malam ini.

Kami berpeluang merakamkan kerja keras di belakang tabir untuk menjayakan program ikonik ini.

Sketsa bertemakan kekeluargaan dan gabungan artis lama& dan bakat muda.

Itulah antara kelainan yang dijanjikan pada konsert Sinar Lebaran kali ini.

Bukan itu saja, penampilan beberapa penyanyi tempatan, dapat "mengubat rindu" peminat terhadap penyanyi yang sudah lama menyepi.

"Perasaan itu macam gementar pun ada lepas itu rasa gembira sebab dah lama Hetty tidak muncul dalam program TV di Suria dan kali ini terlibat. Dapatlah eratkan lagi silaturahim di antara kawan-kawan dalam satu industri," kongsi Hetty Sarlene.

Gabungan suara artis veteran Jatt Ali dengan bakat muda, Sufi Rashid pula antara persembahan kemuncak yang tidak akan mengecewakan peminat.

"Sinar Lebaran tahun ini mereka harus tonton kerana seperti saya yang sudah lapan tahun tidak berada dalam rancangan Sinar Lebaran. Jadi saya rasa ini adalah satu kelebihan untuk kita artis-artis yang lama ini tiba-tiba kita muncul pula 2018 dan mudah-mudahan kita akan membuat persembahan yang terbaik," ujar penyanyi mapan dan anggota kumpulan Black Dog Bones, Jatt Ali.

"Saya rasa sungguh terharu sebab buat pertama kali saya dapat berkongsi sama platform bersama Rahimah Rahim dan Jatt Ali. Jadi rasa berbesar hati," artis muda tempatan Huda Ramdzan berkongsi perasaannya.

Sinar Lebaran kali ini juga diserikan dengan kehadiran penyanyi seberang tambak, Ezad Lazim.

"Saya berharap juga semoga rindu peminat-peminat selama ini yang menyokong saya di Singapura dapat terubat dengan kehadiran saya bersama dalam program Sinar Lebaran dan juga maknanya Hari Raya ini dapat juga saya menghiasi kaca TV anda," luah Ezad Lazim.


Sambil sibuk membuat persiapan Raya, nikmati Sinar Lebaran 2018 jam 10.30 malam nanti. 

- BERITAMediacorp/UR/tq

Top