Images
  • ariana
    Ariana Grande. (Gambar: Facebook Ariana Grande)

Ariana Grande dan Pete Davidson bertunang selepas kurang sebulan berpacaran

SINGAPURA: Bintang pop Ariana Grande dan pelawak rancangan Saturday Night Live Pete Davidson sudah bertunang – kurang sebulan selepas berpacaran.

Pasangan berusia 24 tahun itu dilihat di beberapa acara selepas Davidson mengumumkan beliau sudah putus cinta dengan kekasihnya Cazzie David dan Grande pula tidak lagi bersama penyanyi rap Mac Miller.

Pada 30 Mei, mereka mengumumkan hubungan mereka melalui gambar yang dimuat naik ke akaun Instagram Davidson yang menampakkan mereka memakai pakaian sedondon.

Apabila berita mengenai pertunangan mereka diumumkan pada 11 Jun, Grande memuat naik catatan Twitter: "Saya cinta anda".

- CNA/TQ/na

Top