Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Apa kata Judika, Rossa & Isyana tentang pencalonan APM 2018?

BERITAmediacorp menghubungi Isyana Sarasvati, Judika dan Rossa di Jakarta baru-baru ini untuk bertanyakan tentang pencalonan APM 2018 bagi mereka. 

Anggaran Waktu Membaca:
Apa kata Judika, Rossa & Isyana tentang pencalonan APM 2018?

Artis-artis Indonesia (dari kiri): Judika, Rossa dan Isyana Sarasvati. (Gambar-gambar: Instagram)

Diterbitkan : 10 Aug 2018 10:55PM Dikemas Kini : 10 Aug 2018 11:21PM

BERITAMediacorp: Jika pada tahun lepas di pentas APM, penyanyi Indonesia berbakat besar bernama Isyana Sarasvati membawa pulang anugerah untuk lagu terbaik Indonesia bersama Raisa menerusi lagu Anganku Anganmu, tahun 2018 mungkin menciptakan senario yang berbeza pula baginya.

Ini memandangkan Isyana mendahului senarai pencalonan untuk Anugerah Planet Muzik 2018 bagi artis-artis Indonesia.

Bekas penuntut Nanyang Academy of Fine Arts di Singapura itu dicalonkan untuk lima kategori kali ini, khususnya mempertaruhkan lagu popularnya Lembaran Buku. Beliau salah seorang artis yang mampu menulis lagu-lagunya sendiri termasuklah lagu Lembaran Buku yang dipertandingkan itu.

Penyanyi kelahiran Bandung itu juga berkebolehan bermain piano, saksofan dan biola dengan baik.

ANTARA ISYANA DENGAN JUDIKA?

Namun, kekuatan vokal Judika - penyanyi bersuara serak-serak basah dari Indonesia - juga tidak kurang hebatnya.

Judika pernah merangkul anugerah Artis Lelaki Terbaik berturut-turut dari tahun 2013-2015 sebelum ini. Untuk APM tahun ini, naib juara Indonesian Idol musim kedua itu dicalonkan untuk 3 kategori iaitu kategori Kolaborasi Terbaik (bersama Siti Nurhaliza), Artis Terbaik Lelaki dan Lagu Terbaik Indonesia (Jikalau Kau Cinta).

Kehebatan Judika terbukti sebelum ini apabila beliau membawa pulang anugerah-anugerah di Anugerah Musik Indonesia, Indonesian Choice Awards dan Inbox Awards.

Selain Isyana Sarasvati dan Judika, penyanyi papan-atas iaitu Rossa turut dicalonkan untuk Anugerah Planet Muzik 2018 yang bakal berlangsung di teater MES, Mediacorp pada Jumaat, 28 September 2018 nanti.

Rossa dicalonkan untuk dua kategori pada tahun 2018 ini. Antara pencalonan yang diterima oleh beliau ialah menerusi lagu ciptaan sahabat baiknya iaitu penyanyi Taufik Batisah untuk kategori Kolaborasi Terbaik (lagu Bukan Maksudku). Rossa pernah dinobatkan sebagai Artis Wanita Terbaik APM pada tahun 2011 menerusi album Harmoni Jalinan Nada & Cerita.

BERITAmediacorp menghubungi Isyana Sarasvati, Judika dan Rossa di Jakarta baru-baru ini untuk bertanyakan tentang pencalonan APM 2018 bagi mereka.

Artis Indonesia Isyana Sarasvati (Gambar: Instagram/Isyana)

ARTIS: ISYANA SARASVATI

Kategori: Artis Terbaik (Wanita), Lagu Terbaik Indonesia, Ikon Media Sosial, Lagu Paling Popular APM (Lembaran Buku), Artis Paling Popular APM

“Aku senang banget sebenarnya. Udah masuk nominasi itu adalah menjadi sebuah kebanggaan buat aku dan bisa (boleh)bersama nominator yang lain yang kren banget jadi menang kalah itu sebenarnya udah nggak (tidak) ada masalah, sudah bersyukur banget Alhamdulillah,” kata Isyana Sarasvati.

Beliau melahirkan rasa sangat gembira dan bersyukur kerana mendapat lima pencalonan.

“Senang sekali bisa dihargai karya-karyanya. Makanya, terimakasih kepada APM,” luah beliau.

“Sudah dinominasi dan dihargai sebesar ini sudah cukup bagi aku. Apa pun hasilnya nggak (tidak) masalah, terus senang sekali bisa masuk ke APM.”

Penyanyi Indonesia, Judika (Gambar: Instagram/Judika)

ARTIS: JUDIKA

Kategori: Kolaborasi Terbaik (bersama Siti Nurhaliza), Artis Terbaik Lelaki, Lagu Terbaik Indonesia

Jadi, apa kata Judika setelah mendapat pencalonan bagi kategori-kategori utama itu?

“Bangga dan senang. Sampai sekarang saya masih bias (boleh) berkarya dan masuk nominasi untuk Artis Lelaki Terbaik, bersaing dengan orang-orang hebat seperti Faizal Tahir, Jaz, Kunto Aji dan Noh Saleh. Untuk ArtisTerbaik Lelaki semuanya saingan berat kerana punya karakternya masing masing. Mungkin pesaing yang paling sering saya temui adalah Faizal Tahir,” kata beliau kepada BERITAmediacorp.

“Untuk Kolaborasi Terbaik Artis, ini lagu duet yang saya impikan dengan Dato Sri Siti Nurhaliza. Saya peminat dari dulu. Sekarang kolaborasi Kisah Ku Inginkan memang bagus banget lagunya. Saya bangga dengan kolaborasi ini dan mudah-mudahan disukai semua pencinta musik. Duet ini adalah duet vokal yang sangat powerful tapi indah dan penuh cinta,” tambah beliau lagi.

“Harapan saya semoga bisa membuat Indonesia bangga dengan karya saya dan lagu-laguku semakin diminati di negara lain.”

Penyanyi Indonesia, Rossa (Gambar: Instagram/Rossa)

ARTIS: ROSSA

Kategori: Duo/Kumpulan Terbaik bersama D’Masiv dan David Noah (Pernah Memiliki), Kolaborasi Terbaik (Bukan Maksudku)

Rossa jelas menyatakan rasa bahagia dapat dicalonkan. Ini antara komen beliau:

“Untuk Kolaborasi Terbaik (Bukan Maksudku), lagu ini berbeza dengan lagu aku dan Taufik Batisah sebelumnya. Lagu ini tercipta pada suatu malam dan kita bincang sampai pagi. Aku suka lagu Teman Bahagia (Jaz) juga.

“Untuk lagu Pernah Memiliki bersama D’ Masiv dan David Noah, itu adalah idea mereka untuk meletakkan aku bersama mereka. Kita adakan bengkel, barulah timbul idea mengajak David Noah untuk bersama. Senang banget karena ini pertama kalinya kita kolaborasi.”

Rossa turut melahirkan rasa kagum dengan GAC (Gamaliel Audrey Cantika) kerana mereka
“bagus dalam membuat musik dan harmonisasi suara” selain mempunyai pakej yang baik.

Rossa dan Judika turut akan membuat persembahan pada malam APM 2018 nanti. “Aku tidak sabar untuk berjumpa dengan semua dan menyanyi untuk mereka,” tambah Rossa.

Tiket-tiket berharga $68,$48,$28 (termasuk GST) boleh anda diperolehi di www.sistic.com.sg atau di kesemua cawangan SISTIC untuk menyaksikan sendiri keputusan APM 2018 kali ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FH/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan