Skip to main content

Iklan

Iklan

Anugerah Planet Muzik 2016 diadakan di kampus baru Mediacorp

Buat pertama kalinya, Anugerah Planet Muzik (APM) akan diadakan di kampus baru Mediacorp di one-north bagi edisinya tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Feb 2016 02:23PM Dikemas Kini : 25 Feb 2016 11:38PM

SINGAPURA: Buat pertama kalinya, Anugerah Planet Muzik (APM) akan diadakan di kampus baru Mediacorp di one-north bagi edisinya tahun ini.

Anugerah muzik berprestij itu akan kembali pada 30 September ini di The Theatre @ Mediacorp, 1 Stars Avenue, sejajar dengan sambutan ulang tahun ke-80 Radio Mediacorp.

Majlis anugerah yang bertujuan mengiktiraf bakat dan pencapaian industri muzik Melayu di rantau ini bakal memaparkan kolaborasi barisan artis dari Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Ia dianjurkan buat tahun ke-15 oleh Bahagian Melayu Mediacorp, saluran televisyen Suria, stesen radio Warna 94.2 FM dan Ria 89.7 FM dan majalah Manja.

Pencalonan bagi APM 2016 dibuka dari 1 Mac hingga 30 April, menurut kenyataan Mediacorp hari ini (24 Feb).

Karya muzik Melayu yang dikeluarkan untuk umum antara 1 Julai 2015 hingga 31 Mac 2016 layak dicalonkan bagi APM 2016.

Para calon akan diumumkan dalam sidang media di Singapura, Kuala Lumpur, dan Jakarta.

Para peminat muzik di rantau ini juga berpeluang mengundi untuk lagu dan artis kegemaran mereka di kategori bagi peminat di laman toggle.sg/APM setelah calon-calon anugerah diumumkan.

Butiran lanjut tentang cara mendapatkan tiket APM 2016 akan diumumkan nanti. Untuk lebih banyak maklumat tentang APM 2016, sila lungsuri laman toggle.sg/APM.

APM 2016 disokong Penguasa Pembangunan Media (MDA) dan Persatuan Persatuan Penggubah dan Penulis Lirik Singapura (COMPASS).

Keseluruhannya, sebanyak 19 anugerah akan disampaikan dalam APM 2016:

KATEGORI TERBAIK

1. Artis Baru Terbaik (Lelaki)
2. Artis Baru Terbaik (Wanita)
3. Kolaborasi Terbaik (Artis)
4. Kolaborasi Terbaik (Lagu)
5. Artis Terbaik (Lelaki)
6. Artis Terbaik (Wanita)
7. Kumpulan Terbaik
8. Band Terbaik
9. Lagu Terbaik (Singapura)
10. Lagu Terbaik (Malaysia)
11. Lagu Terbaik (Indonesia)
12. Lagu Terbaik APM

KATEGORI POPULAR

13. Artis Paling Popular (Singapura)
14. Lagu Paling Popular (Singapura)
15. Artis Paling Popular APM
16. Lagu Paling Popular APM
17. Ikon Media Sosial

KATEGORI KHAS

18. Anugerah Khas Planet Muzik
19. Anugerah Rentas Planet 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan