Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Anthony Bourdain gantung diri guna tali jubah mandi

Pakar perubatan turut merumuskan tidak ada tanda pergelutan mahupun keganasan pada tubuh Bourdain.

Anggaran Waktu Membaca:
Anthony Bourdain gantung diri guna tali jubah mandi

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Jun 2018 12:29AM Dikemas Kini : 10 Jun 2018 12:30AM

PARIS: Siasatan mendapati bahawa cef selebriti Anthony Bourdain menggantung dirinya dengan tali jubah mandi di bilik air hotel penginapannya di Perancis.

AstroAwani melaporkan bahawa menurut pendakwa raya Christian De Rocquigny, tidak ada elemen yang membuktikan ada individu lain memasuki biliknya sebelum kejadian.

Pakar perubatan turut merumuskan tidak ada tanda pergelutan mahupun keganasan pada tubuh Bourdain.

AstroAwani turut melaporkan, ujian toksik sudah dibuat termasuk ujian air kencing bagi mengenal pasti sama ada Bourdain ada mengambil sebarang ubat.

Ia bagi membantu anggota keluarganya memahami sama ada wujud unsur yang mendorong Bourdain untuk membunuh diri, tambah AstroAwani

Bourdain yang berusia 61 tahun ditemui mati pada Jumaat (8 Jun).

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan