Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Anita Sarawak tidak hidap barah ataupun bercerai, kata Noorkumalasari

Seniwati Noorkumalasari atau nama sebenarnya Noor Kumalasari Mohamed Taib, 62 tahun, menafikan beberapa laporan yang menyatakan kakaknya, Anita Sarawak, menghidap penyakit barah dan bercerai.

Anggaran Waktu Membaca:
Anita Sarawak tidak hidap barah ataupun bercerai, kata Noorkumalasari

Anita Sarawak. (Gambar: dari laman Facebook peminat/Anita Sarawak)

Diterbitkan : 09 Oct 2018 03:08PM Dikemas Kini : 09 Oct 2018 03:10PM

MALAYSIA: Seniwati Noorkumalasari atau nama sebenarnya Noor Kumalasari Mohamed Taib, 62 tahun, menafikan beberapa laporan yang menyatakan kakaknya, Anita Sarawak, menghidap penyakit barah dan bercerai.

“Semua khabar angin mengenai Anita yang dikatakan sakit, rambutnya gugur, bercerai dan macam-macam lagi adalah tidak benar,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut pemenang Anugerah Khas Sepanjang Hayat di acara Anugerah Bintang Popular BH 31 (ABPBH31), Anita berhubungan dengan kakaknya, namun tidak pernah menghubunginya atas beberapa sebab.

“Beliau tidak menghubungi saya kerana beliau tahu, kalau orang ramai tahu, mereka akan mencari saya. Jadi, beliau banyak menghubungi kakak saya.

“Kakak sendiri bercakap dengan Anita dan suaminya, Mahathir Abdullah sekaligus mengesahkan bahawa mereka masih lagi suami isteri,” katanya.

Tambahnya seperti ditukil Harian Metro, Anita bersama suaminya kini menjalankan perniagaan jual beli hartanah.

“Mereka masih menetap di Amerika Syarikat, tapi bukan di daerah Las Vegas lagi. Beliau dan suaminya menjalankan perniagaan berkaitan hartanah dan jual beli rumah.

“Daripada apa yang diberitahu oleh kakak saya, mereka sering berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat,” katanya.

Noor juga berkata, kakaknya yang popular dengan lagu Tragedi Buah Epal itu juga mahukan kehidupan normal seperti orang lain.

“Mungkin di sini, mereka tidak dapat privasi kerana ke mana saja, mesti akan mendapat perhatian orang ramai. Itu adalah lumrah sebagai artis.

“Jadi, mungkin kehidupannya di sana lebih mudah dan rasanya, beliau sendiri pun sudah puas dengan zaman kegemilangannya,” katanya.

Beberapa bulan lalu, timbul beberapa cerita mengatakan Anita bersama Mahathir menetap di Amerika Syarikat, Perancis dan dikatakan menetap di Singapura.

Anita Sarawak 'menghilangkan diri' daripada industri seni tanah air sejak 2011 sehingga kini.

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan