Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Anak Saleem terima hampir 10,000 ucap takziah di Instagram

Penyanyi Syafiq Farhain, 24 tahun, memaklumkan menerusi catatan Instagram tentang pemergian ayahnya Saleem, 57 tahun, pagi tadi (14 Okt). Catatannya menerima lebih 90,000 likes dan hampir 10,000 ucap takziah.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak Saleem terima hampir 10,000 ucap takziah di Instagram

Akaun Instagram Syafiq Farhain

Diterbitkan : 14 Oct 2018 04:18PM Dikemas Kini : 14 Oct 2018 04:23PM

MALAYSIA: Penyanyi Syafiq Farhain, 24 tahun, memaklumkan menerusi catatan Instagram tentang pemergian ayahnya Saleem, 57 tahun, pagi tadi (14 Okt).

Dalam catatan beliau yang disertakan gambar hitam putih beliau dan Allahyarham Saleem, Syafiq menulis: "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."

"Abah dalam kenangan. Mungkin ini sahaja yang tinggal untuk dikongsi," luah anak lelaki vokalis kugiran Iklim itu.

Catatan tersebut sejauh ini menerima lebih 90,000 likes.

Hampir 10,000 komen dengan ucapan takziah turut ditulis sebagai respons kepada catatan itu.

Penyanyi Saleem atau nama sebenarnya A.M. Salim Abdul Majeed, meninggal dunia pada kira-kira 6.00 pagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, Kuala Lumpur.

Pemergian Allahyarham Saleem, yang merupakan vokalis utama Iklim, sebelum itu turut disahkan anaknya Iera Fakhira ketika dihubungi Bernama.

"Jenazah kini berada di PPUKM dan akan dibawa ke surau As-Syakirin di Bukit Mahkota Cheras (untuk disolatkan) sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan selepas solat Zuhur," katanya.

Allahyarham Saleem, yang popular dengan lagu ‘Suci Dalam Debu’, dimasukkan ke hospital akibat kemalangan jalan raya pada 20 September yang antara lain menyebabkan kecederaan pada tulang rusuk.

Dalam kejadian itu, motosikal yang ditunggang oleh penyanyi berkenaan dilaporkan dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta.

“Sebelum ini ayah saya telah dibenarkan keluar dari hospital, tapi Isnin lalu ayah dimasukkan semula ke hospital selepas keadaan kesihatannya kembali tidak sihat,” kata Iera Fakhira.

Sumber : BERITA Mediacorp/BERNAMA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan