Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Anak pengarah Yusof Haslam 'kosongkan' Kuala Lumpur dalam Desolasi

Anak pengarah terkenal Yusof Haslam, Syafiq Yusof, mendedahkan bahawa beliau menampilkan 60 peratus kesan khas imej janaan komputer (CGI) dalam filem terbaru arahannya, Desolasi.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak pengarah Yusof Haslam 'kosongkan' Kuala Lumpur dalam Desolasi

Poster filem Desolasi yang menampilkan pelakon Syamsul Yusof. (Gambar: Desolasi 2016/ Facebook)

Diterbitkan : 29 Nov 2016 11:44PM Dikemas Kini : 29 Nov 2016 11:47PM

KUALA LUMPUR: Anak pengarah terkenal Yusof Haslam, Syafiq Yusof, mendedahkan bahawa beliau menampilkan 60 peratus kesan khas imej janaan komputer (CGI) dalam filem terbaru arahannya, Desolasi.

Antara kesan khas CGI yang ditampilkan menerusi filem tersebut adalah 'pengosongan' bandar Kuala Lumpur, menurut Astro Awani.

Syafiq berkata: "Antara babak yang memerlukan kesan khas CGI adalah kekosongan jalan di sekitar Kuala Lumpur. Saya hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk menahan kereta dan menjalankan penggambaran.

"Tenaga produksi boleh menahan kereta tetapi kami tidak boleh mengawal orang yang lalu-lalang. Kesan khas CGI digunakan untuk membuang imej manusia dalam filem ini ketika babak 'pengosongan' itu dijalankan," dedahnya lagi kepada saluran berita itu.

Menampilkan Syamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim dan Datuk Jalaluddin Hassan sebagai teraju utamanya, filem itu turut mengisahkan tentang seorang anak muda yang mencari jawapan dalam kehidupan.

Filem ini bercerita mengenai kisah seorang pemuda bernama Aiman yang mencari dirinya. Sering ditimpa masalah, Aiman berdoa agar dia tidak lagi dilanda sebarang masalah.

"Saya menyelitkan nilai keagamaan menerusi filem ini. Saya juga menampilkan kelainan dengan memaparkan penyakit ganjil yang jarang ditemui, 'anton babinski' dalam filem Desolasi.

"Saya berharap agar filem ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak," katanya lagi kepada Astro Awani.

Desolasi bakal ditayangkan di pawagam di Malaysia bermula 8 Disember ini.

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan