Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Amyra Rosli hamil 7 minggu

Sakit perut sehingga terpaksa dibawa ke hospital memberi petanda baik kepada pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin apabila pelakon wanita itu disahkan hamil tujuh minggu.

Anggaran Waktu Membaca:
Amyra Rosli hamil 7 minggu

Amar Baharin menemani isterinya Amyra Rosli di hospital yang pada mulanya mengalami sakit perut. (Gambar: Amyra Rosli/ Instagram)

Diterbitkan : 16 Mar 2017 10:08AM Dikemas Kini : 16 Mar 2017 10:16AM

PETALING JAYA: Sakit perut sehingga terpaksa dibawa ke hospital memberi petanda baik kepada pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin apabila pelakon wanita itu disahkan hamil tujuh minggu.

Dalam petikan laporan mStar, Amar, 32, ketika dihubungi memberitahu bahawa beliau mengetahui berita itu selepas isterinya mengadu sakit perut sejak malam Selasa (14 Mac) sehingga terpaksa dibawa ke sebuah hospital swasta bagi mendapatkan rawatan.

"Alhamdulillah, doktor baru mengesahkah Amyra hamil tujuh minggu malam tadi (Selasa) selepas kami buat pemeriksaan sepenuhnya termasuk imbasan.

"Sebenarnya saya sedar sejak beberapa minggu lalu dia mengalami simptom-simpom kehamilan, namun kami belum sempat buat pemeriksaan sehinggalah malam tadi dia mengadu sakit perut," ujarnya, dalam tukilan laporan mStar.

(Gambar: Amyra Rosli/ Instagram)

(Gambar: Amyra Rosli/ Instagram)

Amar dan Amyra bernikah pada 11 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera di Malaysia.

Menurut laporan mStar, Amar turut berkata bahawa doktor menasihati agar isterinya itu berehat selama dua minggu untuk kebaikan kandungannya.

"Buat masa ini doktor menasihatkan agar Amyra berehat selama dua minggu untuk memastikan kandungannya benar-benar kuat.

"Mungkin selepas ini dia akan berehat sementara daripada bidang lakonan.

"Untuk menjadi pengacara pula, bagi saya tiada masalah kerana kerja itu lebih ringan dan tidak mengambil masa yang panjang," ujar Amar lagi.

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan