Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Amy Search serius dalam bidang fesyen melalui jenama pakaiannya sendiri

Penyanyi berusia 59 tahun itu berkata, sejak dahulu lagi beliau memang mempunyai hasrat untuk menghasilkan labelnya sendiri kerana meminati fesyen.

Anggaran Waktu Membaca:
Amy Search serius dalam bidang fesyen melalui jenama pakaiannya sendiri

Label fesyen penyayi Amy Search. (Gambar: Facebook/ Amy Search General Products)

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Search iaitu Amy serius untuk menceburkan diri dalam bidang fesyen menerusi jenama pakaiannya iaitu General Products by Amy Search.

Penyanyi berusia 59 tahun itu berkata, sejak dahulu lagi beliau memang mempunyai hasrat untuk menghasilkan labelnya sendiri kerana meminati fesyen.

"Sepanjang 35 tahun sebagai penyanyi, fesyen itu memang tidak dapat dipisahkan dan ia sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan kerjaya seni saya.

"Saya memang sudah lama pasang hasrat untuk memiliki label pakaian sendiri tetapi tidak tahu bagaimana hendak mulakan kerana tiada pengalaman.

"Kewujudan General Products by Amy Search adalah satu impian yang jadi kenyataan dan anda akan lihat lebih banyak pakaian dihasilkan menerusi jenama ini," katanya kepada mStar Online.

Amy ditemui pada Minggu Fesyen Islamik Asia 2017 (AIFW2017) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam (2 Apr).

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman itu buat pertama kali menampilkan koleksi terbaru jenama General Products by Amy Search pada acara itu.

Antara selebriti lain yang turut memperagakan koleksi mereka adalah Mizz Nina menerusi Sawdaa, Vie Shantie (V Hijrah) dan Erma Fatima (Mak Cun dan Khalif by Eirma Fatima), tambah laporan mStar Online.

Dalam pada itu, Amy berkata, rakan kongsi yang juga isterinya, Norhasniza Hassan atau Nourish adalah insan paling penting dalam memastikan semua ideanya terlaksana.

"Isteri banyak membantu dalam merealisasikan semua idea yang ada dalam kepala saya kerana beliau faham apa yang saya mahukan dalam sesuatu koleksi.

"Malah untuk Minggu Fesyen Islamik Asia ini beliau adalah orang penting bagi memastikan semuanya berjalan dengan baik," katanya.

Sumber : Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan