Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Amitabh Bachchan langsai hutang hampir 1,400 peladang

Pelakon terkemuka Bollywood, Amitabh Bachchan, melangsaikan hutang para peladang bernilai lebih 40 juta rupee (S$770,000). 

Anggaran Waktu Membaca:
Amitabh Bachchan langsai hutang hampir 1,400 peladang

(Gambar: Sujit Jaiswal/AFP)

Diterbitkan : 22 Nov 2018 03:20PM Dikemas Kini : 22 Nov 2018 03:22PM

INDIA: Pelakon terkemuka Bollywood, Amitabh Bachchan, melangsaikan hutang para peladang bernilai lebih 40 juta rupee (S$770,000). Bachchan menulis di laman blognya bahawa beliau "sudah membantu" 1,398 peladang di utara Uttar Pradesh di mana beliau dilahirkan, dengan membayar hutang-hutang mereka.

Pelakon berusia 76 tahun itu menambah, beliau berasa sangat "berpuas hati" selepas melunaskan hutang-hutang yang dipinjam dari Bank India oleh para peladang yang hidup melarat dan dalam kemiskinan.

Beribu-ribu peladang terjebak dalam hutang akibat kos minyak yang terus meningkat, tanaman yang rosak akibat musim monsun dan kurangnya sokongan pemerintah. Data terkini pemerintah menunjukkan 11,772 peladang di India membunuh diri pada 2013, iaitu 44 kematian setiap hari.

Bachchan, yang juga terkenal dengan gelaran 'Big B', turut berkongsi bahawa beliau menempah satu gerabak kereta api untuk membawa 70 peladang berjumpa dengannya di Mumbai di mana beliau akan menyerahkan sendiri dokumen-dokumen bank kepada mereka. Peladang-peladang bertuah itu dijangka tiba di Mumbai pada 26 November.

Bachchan sudah membintangi lebih 190 filem dan merupakan hos rancangan 'Who Wants to Be a Millionaire India', iaitu salah satu rancangan televisyen yang paling ditonton ramai di India. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan