Images
  • aliff syukri
    Aliff Syukri menjelaskan tentang kontroversi baru-baru ini bersama wanita yang sebelum ini beliau sifatkan sebagai hodoh. (Gambar: Instagram)

Aliff Syukri beri penjelasan tentang kontroversi wanita 'hodoh', 'berkulit gelap'

KUALA LUMPUR: Tindakan jutawan kosmetik, Aliff Syukri menyifatkan seorang wanita sebagai hodoh dan mempersendakan mereka yang berkulit gelap dikritik hebat warga siber.

Ramai yang bersimpati dengan wanita 'malang' yang disifatkan sebagai 'hodoh' oleh Aliff.

Semalam (8 Nov), Aliff memuat naik satu video di Instagramnya untuk menjelaskan tentang kejadian yang dikecam bertubi-tubi di media sosial.

Video itu dengan cepat menjadi tular kerana wanita yang beliau sifatkan sebagai hodoh itu turut tampil dalam video tersebut, lapor New Straits Times Malaysia.

View this post on Instagram

semoga anda yg menilai sendiri dan letakkan diri anda ditempat saya menaja program berjuta mesti lah ada konsep dan dah reffer pada smua.. . . . . . inilah Wanita yg jadi model pada malam tersebut adalah kila yg merupakan team kami yg telah kita beritahu awal utk menjadi testimoni pada malam tersebut....sebab tu kita dah plan dia duduk hujung senang kameraman nak capture......bukan kita main terjah je kamera pun x sempat nak ikut...siapa yg ada di auditorium akan tahu.... . kalau tgk Gv setiap minggu pasti tahu saya akan buat demo dan setiap minggu kami hanya mwnggunakn team kami sendiri dan bukan orang luar....ingat saya berani ke tonyoh muka orang x minta izin....... . Apapun yg khilaf itu dari saya sbb terlepas cakap saya dah pun minta maaf pada malam tersebut dalam slot abg bawang.....tapi kalau mana yg nak terus mengutuk dan menghina silakan...saya x mampu puaskan hati anda semua......begitu juga kes amelina dan santesh pun saya minta maaf kerana niat saya bergurau akhirnya membawa padah dan menyinggung perasaan orang walapun org lain cakap x pula menjadi issue....terima kasih pada sesiapa yg dah kutuk,hina dan sebagainya.......terima kasih juga yg masih memberi semangat....semagat saya berniaga tidak terhenti disebabkan anda yg menghina..... . Nanti ada yg cakap asyik minta maaf je pastu buat lagi.....ni berbayar la apa la silakan sebab anda berhak bg komen....selagi nama manusia mestilah ada salah silap,mungkin orang x nampak je aib kita...... vedio ni saya nmpak happy tapi dalam hati saya hanya ALLAH sahaja yg tahu berapa ribu org menghina dan menhentam saya seolah2 saya penjenayah negara..semoga mereka yg suka jaga tepi kain org dan suka up kan citer saya ni dan mewujudkan perbalahan ini hnya ALLAH YG BALAS malas nak layan org yg kurang kerja ni.. . Saya terima je teguran ni tapi cmm x adil utk saya kenapa setiap kali saya buat sesuatu perlu dikaitkan dgn kekayaan atau duit....kaya x ada adab.....adakah semua orang berduit perlu dikaitkan dgn benda mcm tu........hatta yg menegur walaupun orang yg terkenal bukan x pernah bertegur sap bukan x pernah bersua tapi takpelah mungkin saya tidak sebijak dan sehebat beliau utk berhujah ttg isu ni...

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Aliff menjelaskan bahawa wanita itu sebenarnya salah seorang kakitangannya. Wanita terbabit malah sudah diberitahu terdahulu beliau akan mengambil bahagian dalam pembuktian keberkesanan produk yang akan disiarkan secara langsung.

"Ia sudah dirancang. Kami baik-baik sahaja dan tidak berdendam. Ia merupakan sebahagian tanggungjawab saya," kata wanita itu dalam video berkenaan seperti ditukil New Straits Times.

Aliff berkata: "Saya mohon maaf jika saya menyinggung sesiapa. Saya sebenarnya ingin menggunakan perkataan 'kusam' tetapi saya tercari-cari perkataannya dalam bahasa Inggeris. Jadi saya tercakap 'ugly'," katanya.

Dalam penerangan gambar yang disertakan bersama video itu, beliau menerangkan bahawa beliau tidak akan menyentuh wajah seseorang tanpa meminta izin.

Dalam episod terkini Gegar Vaganza Musim ke-5, Aliff yang merupakan penaja utama peraduan itu diberi beberapa minit untuk memasarkan produk pemutih kulitnya kepada para penonton.

Namun, strateginya memanggil seorang penonton wanita hodoh mengundang kecaman ramai. Beliau dituduh bersifat perkauman dan sengaja mempersendakan tentang warna kulit seorang penyanyi berbangsa India, Santesh.  

- Agensi berita/AQ/aq

Top