Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aliff Aziz akui kontroversi jejas tawaran nyanyian, lakonan

Penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz mengakui kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini meninggalkan kesan sehingga menjejas tawaran nyanyian serta lakonan.

Anggaran Waktu Membaca:
Aliff Aziz akui kontroversi jejas tawaran nyanyian, lakonan

Aliff Aziz bersama isteri dan anaknya. (Gambar-gambar: Aliff Aziz/Instagram)

Diterbitkan : 10 Sep 2017 09:25PM Dikemas Kini : 10 Sep 2017 09:31PM

SHAH ALAM: Penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz mengakui kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini meninggalkan kesan sehingga menjejas tawaran nyanyian serta lakonan.

Pelakon Meh Sandar Lagi itu bagaimanapun, enggan menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya bertekad untuk terus mencari rezeki bagi menyara keluarganya, lapor laman Berita Harian Malaysia (BHM).

"Publisiti buruk yang diterima memberi kesan kepada kerjaya seni, tetapi saya tidak mahu berfikiran negatif.

"Saya juga tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak kerana perkara ini atas kesilapan sendiri. Sekarang adalah masa untuk saya kembali memperbetulkan keadaan dengan meluangkan lebih masa bersama keluarga," beliau memberitahu BHM.

Pada hujung bulan Julai lalu, Aliff dibelenggu kontroversi melibatkan pelakon wanita, Afifah Nasir. Beliau juga ditahan polis setelah isterinya cedera akibat pergelutan yang berlaku antara mereka.

Aliff ditemui di majlis akikah dan cukur jambul putera sulungnya, Mohamad Ayden Adrean, yang diadakan di sebuah hotel malam semalam (9 Sep).

Aliff berkata kehadiran Ayden yang kini berusia dua bulan cukup bermakna buat dirinya dan isteri, Bella Astillah, 23 tahun, serta kedua-dua keluarga kerana anaknya itu cucu sulung.

"Ayden bertuah dikelilingi keluarga yang sangat menyayanginya. Tetapi sebagai ibu dan bapa, ia menjadi tanggungjawab besar untuk saya dan isteri dalam mencorakkan masa depannya.

"Sekarang adalah masa untuk saya bekerja lebih keras dan melupakan segala peristiwa hitam yang pernah berlaku sebelum ini," katanya kepada BHM Online.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan