Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Alahai, peminat tawar diri jadi isteri ke-2 pelakon Hisyam Hamid

Pelakon warga Singapura di Malaysia, Hisyam Hamid mendedahkan bahawa ada peminat perempuan yang tidak mempedulikan statusnya yang bergelar sebagai 'suami orang', hingga sanggup menawarkan dirinya sebagai isteri kedua.

Anggaran Waktu Membaca:
Alahai, peminat tawar diri jadi isteri ke-2 pelakon Hisyam Hamid

Gambar Hisyam Hamid bersama isterinya. (Gambar: Instagram / Hisyamhamid7)

Diterbitkan : 06 Aug 2017 05:09PM Dikemas Kini : 06 Aug 2017 05:13PM

KUALA LUMPUR: Pelakon warga Singapura di Malaysia, Hisyam Hamid mendedahkan bahawa ada peminat perempuan yang tidak mempedulikan statusnya yang bergelar sebagai 'suami orang', hingga sanggup menawarkan dirinya sebagai isteri kedua, menurut Berita Harian Online Malaysia (BHOnline).

"Tidak dinafikan ada yang berani menyatakan sedia bermadu dan meluahkan perkara itu di ruang mesej di laman sosial. Kadang-kala saya tidak pasti apakah ia sekadar gurauan atau mereka benar-benar maksudkan?" Kata Hisyam kepada media Malaysia itu.

Godaan yang diluahkan secara terbuka di laman sosial itu bagaimanapun diabaikan, dan dipadam jika terlalu melampau, menurut Hisyam.

"Terbabit dalam bidang ini, saya anggap godaan itu sebagai ujian, selain berusaha menetapkan iman agar tidak tergelincir. Paling utama adalah nawaitu kerana saya bekerja demi mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak," kata Hisyam lagi kepada BHOnline.

Beliau dan isterinya Rosmawati Hanafi, mempunyai dua orang anak, iaitu Nurish Syameliah, 9 tahun, dan Hayden, 7 tahun, yang tinggal bersama keluarga Hisyam di Singapura kerana masih bersekolah.

Hisyam menambah, beliau menghabiskan banyak masa untuk bekerja dan untuk bersama keluarga serta "mohon dijauhkan daripada semua itu".

Anak Singa yang mula meletup di Malaysia menerusi siri drama Ariana Rose dan kemudian siri lain seperti Imam Mudaku Romantik, Abang Bomba I Love You dan Sayang Papa Saya Tak?.

Beliau kini menjalani penggambaran drama berjudul Dosa yang turut menyertakan pelakon Indonesia.

Dalam darma itu, Hisyam memegang watak selaku anak M Nasir, yang memegang peranan sebagai guru silat. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan