Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aishah juara Gegar Veganza 2017

Aishah, 52 tahun, mengesahkan keunggulannya di pentas akhir Gegar Vaganza musim keempat (GV4), yang berlangsung di Pinewood Iskandar Malaysia Studios.

Anggaran Waktu Membaca:
Aishah juara Gegar Veganza 2017

Gambar: Aishah Gegar Vaganza 4/Facebook

Diterbitkan : 18 Dec 2017 10:04AM Dikemas Kini : 18 Dec 2017 10:08AM

JOHOR BAHRU: Aishah, 52 tahun, mengesahkan keunggulannya di pentas akhir Gegar Vaganza musim keempat (GV4), yang berlangsung di Pinewood Iskandar Malaysia Studios.

Dengan kemenangan tersebut, Aishah sekali gus mengetepikan cabaran lima finalis lain iaitu Liza Hanim yang berada di tempat kedua, Lan (ketiga), Hazami (keempat), Firman (kelima) dan Tia (keenam).

Membawakan lagu asal nyanyian Celine Dion iaitu All By My Self secara solo, sebagai juara, Aishah berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 (S$33,000) menurut laporan Utusan Online.

Berita Harian Online pula melaporkan bahawa penyanyi Janji Manismu itu turut memenangi Anugerah Gelora Vida Vaganza.

Sementara itu, Liza dan Lan pula masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM50,000 (S$16,500) serta RM30,000 (S$10,000).

Selain itu, Aishah, Liza dan Lan juga mendapat hadiah berupa pakej percutian ke luar negara dan sebidang tanah.

Bagi Hazami, Firman dan Tia, ketiga-tiga mereka tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut diberikan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 (S$6,600), RM15,000 (S$5,000) serta RM10,000 (S$3,300).

Hadiah wang tunai adalah sumbangan Astro dan Qu Puteh, di samping syarikat pengembaraan selamatbercuti.com dan Bina Megan Empire selaku penaja bersama.

Laporan Astro Awani menyatakan bahawa Aishah merupakan juara keempat selepas Ayai Ilusi, Siti Nordiana dan Azharina yang berjaya bergelar juara tiga musim terdahulu. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan