Adik Neelofa tegur pengguna Instagram: "Apa guna pakai tudung tapi tak sembahyang"
Perkongsian gambar sejadah pemberian kakak sendiri, Neelofa, di InstaStory Nur Ameera Khan baru-baru ini mengundang reaksi sinis netizen.
KUALA LUMPUR: Perkongsian gambar sejadah pemberian kakak sendiri, Neelofa, di InstaStory Nur Ameera Khan baru-baru ini mengundang reaksi sinis netizen.
Seorang netizen yang tidak didedahkan identitinya meninggalkan komen melampau menerusi laman Instagramnya itu, lapor Astro Awani.
"Tak pakai tudung pun nak sembahyang," tulis individu berkenaan.
Ameera bagaimanapun membalas komen yang dilemparkan oleh netizen terbabit menerusi akaun Twitternya, @nurameerakhan menjelaskan tohmahan individu itu tidak berasas.
"Saya ada letakkan hadiah sejadah dan tudung yang saya dapat daripada Neelofa, kemudiannya ada seseorang komen 'tak pakai tudung pun nak sembahyang'.
"Hubungan saya dengan Allah tidak perlu dibuka untuk penilaian orang awam.
"Adalah lebih baik untuk saya mula berdoa ke arah yang lebih baik (berhijab). Apa gunanya pakai tudung tapi tak sembahyang.
"Tapi saya tidak merancang untuk bertudung dalam tempoh terdekat. Jadi, jangan mengharapkan apa-apa daripada saya," tulisnya seperti ditukil Astro Awani.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.