Adibah Noor bagi panduan tangani 'haters'
Penyanyi yang juga pelakon popular, Adibah Noor antara selebriti yang rajin memuat naik status di Twitter termasuk membalas komen netizen di media sosial.
MALAYSIA: Penyanyi yang juga pelakon popular, Adibah Noor antara selebriti yang rajin memuat naik status di Twitter termasuk membalas komen netizen di media sosial.
Dalam satu tweet pada Rabu (1 Ogos), beliau berkongsi perihal ‘haters’ yang sering bersikap memberikan komen negatif terhadap golongan artis.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian peminatnya adalah Adibah tidak hanya berdiam diri ketika berdepan situasi sedemikian, menurut laporan agensi berita Astro Awani.
Beliau sebaliknya melihat profil ‘haters’ berkenaan sebelum mengambil tindakan sewajarnya.
“Bila haters datang singgah dambakan perhatian, saya akan tunaikan atas dasar simpati. Saya tengok profile masing2. Oh... betapa indahnya madah dlm profile diri.
“Slave of Allah lah, life is this and that lah, bae/mommy/daddy/hubby/wifey to lah,” katanya, seperti ditukil Astro Awani.
Namun, apa yang Adibah lakukan adalah beliau hanya senyum, menggelengkan kepala dan seterusnya ‘block’ akaun haters itu, menurut Astro Awani.
Tindakannya itu mendapat sokongan daripada peminat dan netizen di media sosial termasuk segelintir daripada mereka mahu selebriti itu mengabaikan ‘haters’.
“Hahaha.. haters gitu x membawa kesan positif dlm hidup kita pun kak diba.. bior je la diorang tu.. nak publisiti murahan kot dr kak diba,” kata @dhiaqamarina.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.