Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Adi Putra rujuk, nikah semula isteri pertama

Pelakon Singapura yang sudah berhijrah ke Malaysia, Adi Putra, merujuk semula dengan isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof, semalam (18 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Adi Putra rujuk, nikah semula isteri pertama

Adi Putra bersama isterinya, Zuhaidah Yusof. (Gambar: Instagram / adpadiputra)

BERITAMediacorp: Pelakon Singapura yang sudah berhijrah ke Malaysia, Adi Putra, merujuk semula dengan isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof, semalam (18 Jan).

Ini berikutan gambar yang dimuat naik di laman instagram beliau dengan kapsyen "18.1.18 KESINAMBUNGAN 12 TAHUN. Syukur pada Allah dan terima kasih pada yang hadir dan juga mendoakan buat saya dan @aidayusof15 Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama sebagai Ummah."

Gambar tersebut menarik perhatian ramai peminat Adi di Instagram dengan ramai yang mengucapkan tahniah kepada Adi dan isterinya.

Adi Putra menceraikan kedua-dua isterinya pada Mac tahun lalu.

Namun, rujukan ini bukan satu kejutan buat ramai kerana ada yang sudah mengesyaki Adi dan isterinya sudah merujuk semula beberapa bulan selepas diceraikan.

Ini menyusuli Zuhaidah yang memuat naik beberapa gambar bersama Adi Putra menunaikan ibadah umrah bersama dua bulan selepas diceraikan, pada Mei 2017.

Menurut laporan Astro Awani, Adi Putra bernikah dengan isteri pertamanya pada 14 April 2006.

11 tahun kemudian, pada 20 Jun 2016, Adi bernikah dengan Norshahida Dzolkifly secara senyap-senyap. Astro Awani melaporkan bahawa isteri pertama beliau tidak mengetahui tentang perkahwinan kedua itu tetapi menerima kenyataan hidup bermadu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan