Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aaron dikejar ke hospital, rasa 'seolah-olah akan pergi bila-bila masa saja'

Pelakon, Aaron Aziz, terpaksa dikejarkan ke Pusat Perubatan Prince Court, malam ini(1 Nov) gara-gara mengalami demam panas yang teruk.

Anggaran Waktu Membaca:
Aaron dikejar ke hospital, rasa 'seolah-olah akan pergi bila-bila masa saja'

(Gambar: Instagram/ @aarondwiaziz).

Diterbitkan : 01 Nov 2017 10:37PM Dikemas Kini : 01 Nov 2017 10:44PM

KUALA LUMPUR: Pelakon, Aaron Aziz, terpaksa dikejarkan ke Pusat Perubatan Prince Court, malam ini (1 Nov) gara-gara mengalami demam panas yang teruk.

Menurut laporan BH Malaysia Online, isteri yang juga pengurusnya, Diyana Halik, berkata ketika pulang daripada menjalani penggambaran drama, Adam Mukhriz, di sebuah lokasi bersama pembantu peribadi, suhu badan suaminya naik mendadak.

"Ketika dalam perjalanan, tiba-tiba Aaron mengadu tidak sedap badan kepada pembantu peribadinya. Jadi, penyaman udara kereta terus saja ditutup. Pada mulanya, suhu badannya cuma 37 darjah celsius, tetapi dalam masa kurang sejam, ia naik mendadak sehingga mencecah 39 darjah celcius.

"Kebetulan, saya tidak bersamanya ketika itu kerana berada di Hong Kong. Saya terus menghubungi pemandu saya dan memintanya menghantar Aaron ke hospital," katanya kepada BH Online.

Diyana menambah, kerana bimbang dengan keadaan suaminya, beliau memutuskan untuk segera pulang ke Malaysia.

Aaron muat naik gambar ini di Instagram, kongsi pengalamannya. 

Menurutnya lagi, suhu badan suaminya sudah agak stabil buat masa ini, namun pelakon itu masih lagi berada dalam keadaan lemah.

"Doktor memberitahu kami bahawa jumlah sel darah putih Aaron meningkat. Aaron pun masih lagi lemah," katanya kepada BH Online.

Sementara itu, menerusi akaun Instagramnya, Aaron sempat berkongsi pengalamannya berdepan rasa sakit yang disifatkannya sukar untuk digambarkan.

Malah, Aaron berkata, ketika itu beliau berasakan seolah-olah dirinya akan pergi pada bila-bila masa saja.

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan