Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aaron Aziz tampil dalam filem Tamil pertama, Tik Tik Tik

Selepas penampilan sulung Datuk Rosyam Nor dalam produksi filem Tamil antarabangsa, Kabali, seorang lagi pelakon kini menampilkan aksi sulungnya dalam sebuah lagi filem Tamil Kollywood.  

Anggaran Waktu Membaca:
Aaron Aziz tampil dalam filem Tamil pertama, Tik Tik Tik

Aaron Aziz bersama pelakon utama filem Tik Tik Tik, Jayam Ravi. (Gambar: Aaron Aziz/ Instagram)

Diterbitkan : 26 Jul 2017 10:59PM Dikemas Kini : 26 Jul 2017 11:01PM

KUALA LUMPUR: Selepas penampilan sulung Datuk Rosyam Nor dalam produksi filem Tamil antarabangsa, Kabali, seorang lagi pelakon kini menampilkan aksi sulungnya dalam sebuah lagi filem Tamil Kollywood.   

Malah, Aaron Aziz dikatakan sudahpun menjalani penggambaran filem berjudul "Tik Tik Tik" bersama pelakon terkenal India Jayam Ravi sejak Mac. 

“Vanakam.. Saya dan Super Star Tamil Jayam Ravi pada hari pertama penggambaran bersama. Nandri,” tulis pelakon yang berasal dari Singapura itu di Instagramnya berserta beberapa gambar diambil sewaktu penggambaran di Chennai, India.

Tik Tik Tik, yang menandakan bunyi sebuah jam, juga disebut sebagai filem jelajah angkasa pertama India dan diarah oleh Shakti Soundar Rajan.

Menurut pengarah itu, selain Ravi dan Aaron, Tik Tik Tik juga dibintangi Nivetha Pethuraj dan Ramesh Thilak dalam watak utama dan iklannya dijangka ditayangkan pada Ogos.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan