Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aaron Aziz, Farid Kamil, dianugerahi pangkat Datuk

Selepas Adi Putra dikurniakan gelaran Datuk Oktober lalu, kini seorang lagi pelakon Singapura Aaron Aziz bergelar Datuk selepas dianugerahi darjah kebesaran dan pingat Pahang hari ini (16 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Aaron Aziz, Farid Kamil, dianugerahi pangkat Datuk

Aaron Aziz dianugerahi pangkat Datuk. (Gambar: Aaron Aziz/Instagram)

Diterbitkan : 16 Dec 2017 02:47PM Dikemas Kini : 19 Dec 2017 07:09PM

PETALING JAYA: Selepas Adi Putra dikurniakan gelaran Datuk Oktober lalu, kini seorang lagi pelakon Singapura Aaron Aziz bergelar Datuk selepas dianugerahi darjah kebesaran dan pingat Pahang hari ini (16 Dis).

Aaron memuat naik gambar beliau di laman Instagram dengan kapsyen yang berbunyi: "Menjunjung kasih ke bawah duli yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang atas kurniaan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang yang Amat Mulia- Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)."

Beliau menambah "Satu penghargaan yang sangat Patik hargai".

Bersama Aaron Aziz, pelakon Malaysia Farid Kamil turut dianugerahi pangkat Datuk hari ini, menurut laman mStar.

Kedua-dua pelakon itu menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pahang.

Farid Kamil, 36 tahun dan Aaron Aziz, 41 tahun, antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat tersebut.

Isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datin Seri Anggraini Sentiyaki mendahului senarai nama penerima pingat yang menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama 21 individu lain, menurut laman mStar. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan