Images
  • aliff syukri video
    Petikan gambar dari video Youtube. 

53,000 penonton Youtube beri reaksi negatif 'Abang Nak Tegur', video tetap trending

KUALA LUMPUR: Nampaknya bajet besar tidak menjamin sesebuah hasil karya itu menerima pujian ramai.

Mungkin itu nasib yang diterima muzik video single nyanyian pengasas jenama D'Herbs, Datuk Aliff Syukri, bersama isterinya, Datin Shahida dan ahli perniagaan, Nur Sajat, berjudul 'Abang Nak Tegur'.

Menurut Astro Awani, apa yang positif ialah video berkenaan, yang baru kelmarin (3 Jan) dilancarkan, sudah menerima hampir 400,000 tontonan dan berada di kedudukan kedua carta trending di YouTube.

Namun jumlah 'dislikes' yang diterima melebihi jumlah 'likes' bagi video itu, lapor Astro Awani.

Setakat ini, video itu menerima lebih 53,000 tidak menyukai video itu, dan hanya 20,000 yang memberikan reaksi yang baik.

Di ruangan komen, ada penonton yang mempersoalkan kehadiran Sajat dan menganggap adalah lebih baik jika lagu itu dinyanyikan Aliff bersama isterinya sahaja.

Video lagu terbitan KRU Music itu menjalani penggambaran di Sepanyol, baru-baru ini.

Saksikan video itu seperti berikut: 

- Agensi berita/AQ/aq

Komen Anda?

Top