Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

5 Soalan Bersama… Zara Zya

Jangan samakan pelakon Zara Zya dengan rakan-rakan artis lain. Sesetengah artis akan menafikan bercinta ataupun akan memberikan jawapan yang klise kononnya "kami hanya berkawan sahaja dan tidak bercinta".

Anggaran Waktu Membaca:
5 Soalan Bersama… Zara Zya

(Gambar: Zara Zya/Instagram)

Diterbitkan : 01 Aug 2018 12:14AM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 01:45AM

BERITAMediacorp: Jangan samakan pelakon Zara Zya dengan rakan-rakan artis lain. Sesetengah artis akan menafikan bercinta ataupun akan memberikan jawapan yang klise kononnya "kami hanya berkawan sahaja dan tidak bercinta".

Bezanya Zara Zya ialah beliau terang-terangan mengakui sedang bercinta dengan pelakon Hafreez Adam yang turut membintangi siri drama berjudul Monalisa bersamanya. Yang jelas, percintaan mereka berdua ini bukanlah direka-reka semata-mata untuk mempromosikan drama tersebut mahupun sebagai strategi pemasaran untuk mempopularkan drama Monalisa itu.

Meskipun begitu, Zara Zya yang mula dikenali menerusi drama Love You Mr Arrogant itu sudah mengenali Hafreez selama empat tahun lamanya sebelum mereka bercinta dan pernah menjalani penggambaran untuk beberapa buah drama bersama cinta hatinya sebelum mereka sah bercinta kini.

Namun ketika itu, cinta antara mereka belum berputik lagi rupa-rupanya. Pasangan ini hanya bercinta secara rasmi apabila mereka menjalani penggambaran siri drama Monalisa.

Menariknya mengenai percintaan mereka berdua, tiada pengakuan sesama mereka diucapkan seperti pasangan lain namun mereka sedar mereka sebenarnya sayang menyayangi sesama lain sehingga timbul percintaan yang terbit kini.

BERITAMediacorp menerjah artis yang nama sebenarnya ialah Zainurul Razia Mohd Zainuddin itu dengan 5 Soalan berikut.

SOALAN 1

BERITAMediacorp: Jika artis lain lebih gemar rmengatakan "kami berkawan sahaja" dan tidak bercinta (padahal mereka bercinta), anda dan Hafreez Adam tidak berbuat demikian. Mengapa?

ZARA ZYA: Zara dan Adam lebih selesa untuk jadi diri sebenar. Zara tak Ada rahsia apa-apa dengan peminat sebelum ini. Kenapa pasal cinta Zara nak rahsiakan? Adam pun sama. Kita selesa macam ini, menjadi diri kita. Kalau nak rahsia tentang hubungan kami di luar rasa macam tak seronok, bukan diri kita sebenar. Buat apa nak sorok, rugi kan? Banyak masa kita boleh luangkan bersama. Happy-happy tapi kita kena rahsiakan, kawal depan orang. Merugikan.

(Gambar: Hafreez Adam/Instagram)

(Gambar: Hafreez Adam/Instagram)

SOALAN 2

BERITAMediacorp: Apakah Zara rasakan artis perlu jujur memberitahu peminat dan media sekiranya bercinta?

ZARA ZYA: Tergantung pada individu masing–masing sebab kehidupan sebagai selebriti, kita ada privacy sendiri . Bukan semua boleh berkongsi dengan peminat sebab itu ada selebriti rahsiakan hubungan mereka sebab mereka takut, ada jodoh ke tidak pada masa hadapan?
Mungkin sekarang bercinta tapi pada masa hadapan, kahwin dengan orang lain. Tapi Zara dan Adam lebih selesa menjadi diri sendiri. Bukan pasal jujur atau tak, bercinta semua orang lalui. Kita tengah lalui fasa bercinta.

(Gambar: Hafreez Adam/Instagram)

(Gambar: Hafreez Adam/Instagram)

SOALAN 3

BERITAMediacorp: Zara Zya kini muncul dengan debut single berjudul Tiada Dendam secara mengejut kerana sebelum ini tiada "hint" langsung anda akan menjadi penyanyi. Apakah yang membuat anda terpanggil merakamkan lagu?

ZARA ZYA: Untuk Zara buat single memang dah lama jugak. Zara juga terfikir ramai juga yang bertanya, ‘Zara tak nak ke buat single? Buatlah untuk peminat-peminat. Ini pun permintaan dari peminat. Tiba-tiba hati Zara terpanggil untuk merakamkan lagu single.

Zara hadiahkan untuk peminat Zara. Zara tak bagi hint sebab memang kejutan untuk mereka. (Zara sedia hadapi komen pedas pertikaikan kewibawaan Zara sebagai penyanyi?)
Zara sentiasa bersedia untuk hadapi komen-komen atau cemuhan dari peminat tak kira apapun. Sekarang ni pun ada komen-komen negatif. Itu biasa dan apalagi Zara jadi penyanyi, sentiasa ada orang yang akan komen sebagainya. Kita sebagai manusia kena terima benda-benda itu dengan hati terbuka.

(Gambar: Zara Zya/Instagram)

(Gambar: Zara Zya/Instagram)

SOALAN 4

BERITAMediacorp: Jika ada yang kurang senang dengan trend pelakon menjadi penyanyi, apa komen anda?

ZARA ZYA: Itu masing–masing punya kerjaya dan kebolehan. Zara percaya sebagai selebriti, dia harus cuba semua. Kalau dia boleh berlakon, menyanyi, mengacara, melawak buat apa-apa saja, buat magic atau stunt ke. Kebolehan seseorang. Alhamdulillah dia ada bakat tu semua. Sekarang ni pun Zara dah jadi pelakon, pengacara dan penyanyi.
Selagi mampu boleh membuat duit, Zara akan teruskan. (Sebelum merakamkan single, apakah persediaan anda?) Zara memang sejujurnya tidak ada latihan vokal dari sesiapa .Zara masuk studio, jujur dengan diri Zara, jujur dengan komposer, penulis lirik. InsyaAllah kalau ada single kedua, mungkin saya akan memperbaiki suara, kena ada kelas atau latihan vokal tapi buat masa sekarang ni memang Zara letak keutamaan sebagai pelakon. Zara menyanyi suka-suka sahaja.

(Gambar: Zara Zya/Instagram)

(Gambar: Zara Zya/Instagram)

SOALAN 5

BERITAMediacorp: Mana lebih sukar? Berlakon atau menyanyi?

ZARA ZYA: Menyanyi sebab bila menyanyi kita kena jaga dan kawal suara. Kalau rakaman itu biasa, boleh tapi kalau (menyanyi) live, memang kena hati–hati. Kena jaga suara, tak boleh minum ais, makanan yang berminyak, banyak pantang larang. Kalau berlakon, tidak ada pantang larang sangat cuma kena jaga badan, jadi cantik depan skrin. Yang Zara boleh katakan ialah memang penyanyi lagi susah. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FH/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan