Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

5 Soalan Bersama… Fauziah Latiff

Fauziah Latiff adalah satu nama dalam industri hiburan Melayu, yang masih kekal relevan sehingga kini.

Anggaran Waktu Membaca:
5 Soalan Bersama… Fauziah Latiff

Fauziah Latiff. (Gambar-gambar: Fauziah Latiff)

Diterbitkan : 03 Oct 2018 12:22AM Dikemas Kini : 03 Oct 2018 03:14PM

BERITAmediacorp: Fauziah Latiff adalah satu nama dalam industri hiburan Melayu, yang masih kekal relevan sehingga kini. Kali terakhir beliau merakamkan lagu ialah pada tahun 2016 menerusi lagu balada berjudul Takdir Cinta yang diangkat menjadi OST Drama Seindah Takdir Cinta di seberang tambak.

Wanita cantik yang dikenali juga menerusi panggilan mesra Jee ini juga mampu membuktikan keupayaannya sebagai seorang pelakon menerusi drama bersiri Gelora Di Hati Sara bersama Rosyam Nor beberapa tahun lepas.

Setelah berehat seketika dari dunia lakonan, Jee baru sahaja tamat menjalani penggambaran telemovie terbarunya untuk siaran ASTRO Citra berjudul Korban Penunggu Hospital. Selain itu, beliau juga ada buah tangan terbaru untuk para peminat yang menantikan lagu terbaru dari penyanyi bersuara merdu ini.

Dalam segmen 5 Soalan Bersama…Fauziah Latiff ini, BERITAmediacorp bertanyakan beberapa soalan santai untuk mendapatkan perkembangan terkini artis Malaysia itu.

SOALAN 1

BERITAmediacorp: Fauziah Latiff kelihatan awet muda sehingga kini. Apakah rahsia anda?

FAUZIAH LATIFF: Biasa saja. Syukur kepada Allah, Alhamdulillah masih diberi nafas. Saya mendewasa secara normal seperti orang lain. Kita faham badan kita tidak seperti dulu. Cukuplah untuk saya menjaga kesihatan saya, bersenam sedikit dan kekadang menjaga diet kita.

Lebih kepada kesihatan kita, bukan senang. Saya tahu saya harus lebihkan bersenam. Masya Allah kena paksakan. Semua wanita yang sentiasa menjaga diri, kuat dan tabah menjalani kehidupan seharian tak kiralah berapa saja usianya, sesiapa saja. Mereka adalah inspirasi saya.

SOALAN 2

BERITAmediacorp: Anda terlibat dalam lakonan terbaru berjudul Korban Penunggu Hospital setelah sekian lama menyepi dari dunia lakonan? Apa yang membuat Jee terbuka hati semula untuk berlakon?

FAUZIAH LATIFF: Saya terbuka hati untuk berlakon kerana jalan cerita Korban Penunggu Hospital dan juga watak yang diberikan adalah satu cabaran buat saya. Suatu kelainan. Saya harus bawakan pelbagai watak pada masa yang sama dalam satu “act”. Jadi saya ingin mencuba dan terima cabaran ini untuk diri saya sendiri.

Saya harus belajar terus. Saya sentiasa gemar mempelajari kerja-kerja produksi. Saya memandangnya serius. Kesemuanya bekerja keras dan melakukan terbaik. Saya amat bangga dengan mereka.

SOALAN 3

BERITAmediacorp: Jee akan muncul dengan single terbaru ciptaan komposer Ross Arifin yang pernah menghasilkan lagu-lagu untuk anda sebelum ini. Apakah lagu kali ini menggambarkan kisah peribadi Jee atau secara am sahaja?

FAUZIAH LATIFF: Saya telah menerima beberapa lagu juga dari pelbagai komposer, tergantung kepada keputusan syarikat. Belum dapat dipastikan lagi. Tak dapat nak beritahu lagi. Apabila lagu dah dipastikan, barulah kita akan buat lirik yang sesuai dengan lagu berkenaan.

SOALAN 4

BERITAmediacorp: Adakah anda rasakan cara yang terbaik bagi sesetengah penyanyi untuk berkongsi pengalaman mereka adalah menerusi sebuah lagu?

FAUZIAH LATIFF: Saya rasa ia ok. Setiap manusia sama ada penyanyi atau sesiapa sahaja mempunyai pengalaman masing masing. Saya pernah berbuat demikian menerusi lagu saya berjudul Cinta berkisar tentang kehidupan. Jika anda membacanya, anda akan faham apa yang saya maksudkan.

SOALAN 5

BERITAmediacorp: Antara hobi Fauziah Latiff ialah menunggang motosikal berkuasa besar. Kepuasan bagi anda?

FAUZIAH LATIFF: Udaranya, anginnya. Itulah masanya saya dapat bersama kawan-kawan, santai dan chill. Ada lawatan atau untuk amal. Dari 5 Oktober sehingga 7 Oktober ini untuk The Royal Langkawi International Bike Fest 2018 di Langkawi. Mereka mengalu-alukan semua lebih-lebih lagi penunggang motosikal wanita dari Malaysia, Singapura dan Brunei. Yang tak menunggang pun tak apa, boleh datang bercuti dengan keluarga dan teman-teman."Flag off" kami dari Kuala Lumpur. Semoga semuanya akan dipermudahkan. Ameen.  

Sumber : BERITA Mediacorp/FH/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan